Wednesday, January 1, 2020

Apa Matlamat Kita Pada Tahun 2020?


Apa Matlamat Kita Pada Tahun 2020?

1. Pemodenanisasi dan Keruntuhan Aqidah?

2. Ideologi Sekularisma dan Kapitalisma?

atau

3. Khalifah Islam dan Panji-Panji Hitam?

Renungkan..

Sunday, April 11, 2010

19. SAMBUNGAN ILLUMANITY

SAMBUNGAN ILLUMANITY

Baiklah. Saya teruskan dengan sambungan fasal Illumanity.

Pada 1829, pertubuhan Illumanity telah bermesyuarat di New York. Di dalam mesyuarat itu, seorang anggota Illumanity berbangsa Inggeris bernama Wright telah member cadangan supaya Illumanity bergabung dengan pertubuhan-pertubuhan subversive yang lain untuk membentuk satu pertubuhan bersifat Internasional yang akan diberi nama ‘KOMUNISME’. Super Power ini akan digunakan untuk membangkitkan peperangan dan revolusi di masa akan datang.

Cadangan tersebut telah diterima dan mereka mengambil keputusan untuk melantik Clinton Roosevelt (Datuk kepada F.D Roosevel), Horace Greely dan Cas Dona untuk mengumpul dana kewangan bagi melaksanakan misi tersebut. Hasil daripada dana tersebut telah digunakan untuk membiayai KARL MARX (anda jangan buat-buat tak kenal malaon ini) dan Engel dalam usaha menyiapkan dua buah buku yang berjudul ‘DAS CAPITAL’ dan ‘THE COMMUNIST MANIFESTO’ di Soho, England, Britain.

Semasa KARL MARX menyusun bukunya yang berjudul THE COMMUNIST MANIFESTO di bawah arahan sebuah badan yang terdiri daripada anggota-anggota Illumanity, dalam masa yang sama satu kali professor yang bernama KARL RITTER (tenaga pengajar di Universiti Frankfurt) telah diarahkan untuk menyusun sebuah buku yang berjudul ANTITHEIS (menentang) di bawah kelolaan sebuah badan lain yang juga dianggotai oleh anggota-anggota Illumanity.

Tujuannya adalah untuk membangkitkan suatu perselisihan faham antara dua ideology bagi memulakan tindakan memecah-belahkan umat manusia kepada beberapa kem yang saling bertentangan. Kelak mereka ini dapat dilengkapkan dengan alat senjata dan dihasut supaya saling bermusuhan sehingga akhirnya mereka saling berperang sesama sendiri serta memusnahkan diri sendiri, institusi-institusi kerajaan dan agama.

Pada tahun 1840, QUISAPPI MAZZINI, pemimpin revolusi Itali telah dilantik sebagai Pengarah (jawatan tersebut disandang olehnya sehingga dia K.O pada tahun 1872) untuk mengendalikan program revolusi seluruh dunia. Dalam masa yang sama, JENERAL ALBERT PIKE telah dibawa masuk ke dalam pertubuhan Illumanity oleh MAZZINI kerana dia (ALBERT PIKE) didapati tidak berpuas hati dengan Presiden JEFFERSON DAVIS yang mengarahkan beliau supaya membubarkan askar pembantunya yang terdiri daripada orang-orang India dengan alasan bahawa beliau melakukan pembunuhan-pembunuhan bertopengkan peperangan yang menyebabkan beliau menyertai pertubuhan Illumanity dan diberi jawatan sebagai KETUA IMAM KUIL IBLIS!

Pada tahun 1859 sehingga 1871, beliau telah ditugaskan oleh MAZZINI untuk menyusun suatu rancangan ‘Kertas Biru’ bagi TIGA PEPERANGAN DUNIA dan tiga pemberontakan (Revolusi) besar. Pada anggaran mereka, tindakan ini akan memajukan muslihat komplot ini ke peringkat terakhir dalam abad ke-20. Beliau menjalankan kerja-kerja tersebut di dalam sebuah bangunan yang telah dibina di Little Rock, Arkansas pada tahun 1840.

Apabila kegiatan mereka dicurigai oleh pihak antarabangsa disebabkan oleh kegiatan revolusi yang giat berlaku di Eropah hasil daripada perancangan mereka, maka ALBERT PIKE telah mengatur dan menyusun ‘The New and Reformed Paladian Rite’. Beliau juga menubuhkan tiga buah majlis tertinggi yang bertempat di Scharleston, Rome dan Berlin. MAZZINI seterusnya telah mencadangkan kepada ALBERT PIKE untuk menubuhkan 23 majlis rendah di tempat-tempat penting di seluruh dunia. Majlis ini masih lagi berfungsi sampai hari ini.

Bagi membolehkan ALBERT PIKE menghubungi majlis-majlis ini di seluruh dunia, pakar-pakar sains di dalam pertubuhan ini telah mencipta sejenis alat berupa WIRELESS untuk kemudahan beliau menghubungi ketua-ketua majlis di seluruh dunia. Beberapa tahun kemudian, WIRELESS telah diperkenalkan oleh MARCONI setelah pihak intelligent mengesyaki ada sesuatu yang tidak kena dengan kekacauan di seluruh dunia. Hasil dari itu, WIRELESS telah diperkenal kepada umum.

Rancangan kertas biru yang diatur oleh ALBERT PIKE adalah simple tapi berkesan. Rancangan tersebut mengkehendaki fahaman-fahaman KOMUNISME, NAZISME, DEMOKRATISME dan pergerakan-pergerakan internasional yang lain diatur serta disusun untuk diperalatkan bagi membangkitkan peperangan-peperangan di dunia dan tiga REVOLUSI besar dunia!

Dua revolusi besar dunia telah berlaku menepati sasaran dengan apa yang mereka rancangkan. Hanya satu REVOLUSI besar (PERANG DUNIA KE-3) yang belum berlaku yang dijangka akan berlaku diantara negara Islam dan Kuasa Barat! (Allahuakbar!) Revolusi besar ini akan membinasakan negara dan umat manusia…Wallahua’lam.

Pada tahun 1872, MAZZINI telah K.O dan tempatnya telah digantikan oleh seorang revolusioner baru berbangsa Itali bernama ADRIANO LAMUNI. Kehadiran ADRIANO, jawatan ini (Pengarah Revolusi Dunia) digantikan oleh LENIN dan TROTSKY. Semua kerja-kerja yang dijalankan oleh mereka ditaja khas oleh Bank Antarabangsa di Britain, Perancis dan Jerman. Kebanyakan bank ini telah membiayai kos dalam mana-mana peperangan atau pemberontakan yang bangkit sejak tahun 1776.

MATLAMAT ILLUMANITY

1. Menghapuskan semua kerajaan kebangsaan yang berpelembagaan.

2. Menghapuskan system warisan harta pusaka.

3. Menghapuskan pemilikan harta sebagai hak persendirian.

4. Menghapuskan semangat cintakan tanahair.

5. Menghapuskan rumahtangga sebagai hak perseorangan dan kehidupan berkeluarga kerana ia merupakan bibit-bibit awal tamadun terbentuk.

6. Menghapuskan semua agama yang sedia ada di dunia supaya umat manusia dapat dipaksa menganut ideology internasional.

Seorang agentur Illumanity pernah berkata:

“Di bawah pengaruh kita, perlaksanaan undang-undang Goyim akan dikurangkan ke peringkat yang paling minima. Prestij undang-undang itu telah diletupkan dengan penafsiran-penafsiran yang liberal yang dimasukkan ke dalam daerah ini. Dalam perkara-perkara penting yang asasi, hakim-hakim akan membuat keputusan menurut garis-garis yang kita rangka untuk mentadbir golongan Goyim. Tanpa syak lagi, menerusi mereka yang menjadi alat kita meskipun kita tidak kelihatan mempunyai pandangan yang sama dengan mereka, akan menatijahkan hasil bahawa golongan yang menduduki kerusi-kerusi senator dan pentadbir-pentadbir di peringkat tinggi pun akan menerima nasihat kita.”



(Anda nampak apa yang telah berlaku sebenarnya? Kenapa kita tidak didedahkan tentang ini semasa belajar di sekolah? Padahal, sejarah yang sebegini perlu kita tahu untuk membentuk satu masyarakat yang sentiasa berhati-hati dengan kuasa luar. Dunia kini telah dibanjiri dengan debu-debu kapitalis yang kian menutupi segenap pelosok tempat. Anda culas jika mengatakan ianya tidak. Terbukti sudah permainan revolusi ini telah dirancang oleh Illumanity yang merupakan salah satu cabang Gerakan Freemasonry dengan ideology mahukan kekucar-kaciran. Mereka akan menggunakan tipu daya berat mahupun halus untuk mencipta suatu masalah yang akhirnya membawa kepada peperangan. Lalu, mereka juga akan bertindak sebagai hero pada akhirnya lantas masyarakat akan memandang tinggi dan penuh hormat pada mereka. Apabila suatu tempoh berlalu, masyarakat akan kembali merenung apakah itu kebenaran yang telah dinukilkan. Pada masa itu, sudah terlambat, kerana jentera-jentera Yahudi telah pun mencengkam kuat setiap genap pentadbiran sesebuah tempat. Begini perihalnya,

Mereka datang dengan cara baik, mereka datang dengan membawa pakej yang mempamerkan keamanan dan kemanusiaan. Sebagai masyarakat yang cintakan keamanan biasanya akan menerima mereka ini dengan mudah. Lalu mereka menawarkan pakej, solusi, dan pelbagai nasihat terutamanya dalam bidang pembangunan. Maka, adalah wajib bagi sesebuah pentadbiran negara inginkan pembangunan di dalam negara mereka. Maka perjanjian dimeterai dan projek pembangunan dilaksanakan dengan begitu pesat sekali. Tanah-tanah kampong dan tanah-tanah tanaman diratakan dan didirikan bangunan dengan banyaknya sekali kononnya ini agenda pembangunan untuk masyarakat. Baik, sebagai manusia yang normal, kita memerlukan makanan untuk hidup. Maka, apa jadi sekiranya tanah-tanah yang seharusnya digunakan untuk menanam tumbuhan makanan diratakan dan didirikan bangunan? Sudah tentu, aktiviti tanaman tidak dapat dijalankan betul? Baiklah, apa pula akan terjadi sekiranya tiba-tiba huru-hara terjadi atau sesebuah negara itu diserang atau dikenakan sekatan ekonomi untuk sesuatu hal yang kita tidak boleh jangka? Ekonomi sudah pasti jatuh dan MAKANAN kita tiada!

Cuba fikirkan bagaimana pula kita mahu hidup sedangkan MAKANAN tiada, yang ada hanyalah bangunan, stadium, masjid yang besar, jalan-jalan yang terbentang luas, dan pelbagai lagi yang berasaskan batu dan besi? Adakah kita gila mahu makan itu semua? Jadi kita wajib IMPORT makanan dari luar. Siapa pula pembekal? Dalam konsep KAPITALIS, mereka inilah memegang kuasa besar dalam apa jua sektor, termasuk barangan MAKANAN. Lihat. Ini antara keburukan paling besar yang kita tidak Nampak sedangkan ianya telah berlaku dan terus berlaku. Tidak hairanlah di dalam Al-Quran ada mengatakan Ad Dajjal nanti akan menguasai MAKANAN. Jika umat manusia mahukan MAKANAN, maka seharusnya mengikuti telunjuk Ad Dajjal ini. Untuk pengetahuan, Dajjal bukanlah seperti yang kita selalu dengar masa kecil iaitu Dajjal adalah berupa saekor raksasa bermata satu. Tidak benar sama sekali! Ini juga antara dakyah yang telah dipesongkan oleh Freemason, kerana mereka ini cukup bijak hinggakan mereka mengkaji Al-Quran!

Dajjal adalah tetap seperti manusia yang bermata satu itu bukanlah bermaksud dia itu memiliki mata satu di tengah-tengah dahi. Berkemungkinan bermata satu itu adalah buta sebelah matanya. Dajjal ini akan disayangi dan dicintai atas sikap-sikapnya hinggakan orang yang beriman melihatnya pun mampu untuk mengikuti setiap telunjuknya. Fitnah ini adalah fitnah paling dasyat akan berlaku satu masa nanti. Hinggakan ada manusia akan berangan-angan untuk berjumpa dengannya disebabkan khabar dan fitnah yang didengari. Sebab itu, Nabi Allah Muhammad telah berpesan agar kita menjauhi Dajjal sejauh-jauhnya supaya keimanan kita yang rapuh ini tidak menjadi berbelah bahagi sementara menunggu Al-Masih Isa As turun memerangi Dajjal. Wallahu’alam…

Berbalik kepada isu utama tadi, saya bawa anda ke belakang sebelum Malaysia mencapai kemerdekaan. Di mana kita dijajah oleh pelbagai kuasa iaitu Portugal, Perancis dan Britain. Lihat bagaimana Britain mencukong sumber-sumber emas milik kita dan dibawa ke negara mereka. Sedangkan emas milik Tanah Melayu ini amat banyak sudah cukup untuk buat kita setara negara Brunei pada masa sekarang mahupun Britain itu sendiri. Anda lihat sahaja nilai emas sekarang. Kerana logam ini telah difirman oleh Allah SWT di dalam Al-Quran bahawa ianya bernilai sampai ke akhir zaman.

Baik. Sesudah British kenyang dek hasil bumi ini mereka juga menyuntik pelbagai propaganda agar mewujudkan suatu keadaan dipanggil huru-hara, penentangan, dan pelbagai lagi unsur-unsur berkaitan. Pada masa yang sama mereka juga sedang menerima penentangan daripada Jepun. Lalu pelbagai kisah dan tragedi berlaku di tanah kita ini dan sesudah Jepun di Hiroshimakan dengan atom (Ini juga akan dikupas kemudian) maka penentangan Jepun terhadap British gagal. Pada masa yang sama juga wujud PKM (Parti Komunis Malaya) yang turut menentang di bumi inilah Malaysia yang sekarang ini. Akhirnya kita menuntut kemerdekaan dengan satu delegasi ke London dan akhirnya Malaysia mengecapi kemerdekaan. Anda rasa kita benar-benar merdeka? Jangan Tanya diri anda dahulu sebaliknya anda lihat sekeliling anda. Apa yang berlaku sehingga kini? Berapa banyak kroni-kroni British di negara ini? Mereka tidak lagi mencukong emas. Kini mereka sedang mencukong apa yang lebih penting dari emas. Ini adalah TANAH. Cuba anda fikirkan bagaimana kita mengecapi kemerdekaan? dan cuba pula anda fikirkan bagaimana pula Palestin ingin mengecapi kemerdekaan? Mengapa HAMAS ditubuhkan? Mengapa Palestin tidak sahaja berunding sama seperti apa yang kita lakukan? Mengapa? Anda tentu akan mengatakan situasi kedua-dua ini berbeza. Ya berbeza kerana pendirian manusia HAMAS berbeza dengan pendirian manusia Malaysia. Apakah pendirian tersebut?

Fikrah kita sama. Mungkin anda mempunyai jawapan yang lebih tepat!Saya serahkan pada anda untuk memikirkannya..

bersambung…

Topik seterusnya – SEJARAH KELUARGA ROTHSCHILD (ini pun penting untuk diambil tahu)

18. SAMBUNGAN CABANG GERAKAN FREEMASONRY

KEEMPAT: ILLUMANITY (PERTUBUHAN CAHAYA)

PEMBENTUKAN DAN SEJARAH PERGERAKAN ILLUMANITY

Pertubuhan ini telah ditubuhkan oleh Adam Weishaupt (K.O pada tahun 1830) pada tahun 1776. Malaon ini merupakan salah seorang anggota Freemasonry yang telah murtad daripada agama Kristian lalu menubuhkan pertubuhan ini. Sebelum itu, pada tahun 1770 beliau telah didatangi oleh tokoh-tokoh Yahudi Jerman untuk menarik beliau ke dalam sarang Freemasonry. Beliau yang juga sebagai professor Theology di Universiti Angold Stadt, Jerman telah menganut fahaman Atheisme (golongan tak beragama).

Baik. Perkataan Illumanity dinisbahkan kepada salah satu daripada kumpulan (mazhab) Yahudi iaitu kumpulan Illumanity yang dianggotai oleh golongan bijaksana (Hukama’) Yahudi. Manakala di dalam bahasa Arab pula Illumanity bermaksud al-Nuraniyin. Mereka menamakan Illumanity sempena nama IBLIS yang merupakan pemerintah tunggal ala mini.

Pusat pentadbirannya ialah di Segitiga Bermuda yang menjadi tempat tinggal Dajjal Laknatullah (ini ade dibahaskan di dalam satu lagi buku yang membincangkan tempat tinggal sebenar Ad-Dajjal yang bertajuk - Dajjal Sudah Muncul dari Khurasan). Lambang pertubuhan ini ialah apa yang terdapat pada note Dollar Amerika Syarikat yang bernilai USD 1. Lambang yang ada pada duit Amerika Syarikat tersebut menunjukkan bahawa Amerika Syarikat telah dikuasai oleh bangsa Yahudi dari dahulu lagi. Sebenarnya, pereka note duit Amerika Syarikat dilakukan oleh seorang anggota Freemasonry dari pergerakan Illumanity yang bernama Pat Robertson. (Rujuk buku Halak Wa Dinar Amerika Syarikat Muntazor, halaman 37 dan 38.

Tafsiran kepada lambang yang terdapat pada USD 1:

1. Tarikh yang terdapat pada tapak pyramid tersebut menunjukkan tarikh penubuhan Pertubuhan Illumanity secara rasmi oleh Adam Weishaupt.

2. Piramid tersebut menunjukkan pyramid yang terdapat di Segitiga Bermuda yang menjadi tempat tinggal Dajjal dan pusat pemerintahan Iblis.

3. Air yang mengelilingi pyramid tersebut ialah air laut yang terdapat di sekitar Segitiga Bermuda.

4. Sebiji mata yang terdapat pada puncak pyramid tersebut menunjukkan mata Dajjal yang sedang memerhatikan seluruh dunia alam ini.

5. Manakala cogankata yang terdapat pada bulatan itu melambangkan syiar yang dipegang oleh pertubuhan Illumanity dan sebagai tanda kewujudan Dajjal.

6. Pertubuhan ini mendapat sokongan daripada gedung kewangan yang dikuasai oleh Yahudi bernama Rothschild. (Salah silah Sejarah Keluarga Rothschild ini akan saya tuliskan kemudian).

Perkataan Illumanity pula diambil daripada perkataan ‘Lucifer’ (Iblis) yang bererti ‘Pemegang Cahaya’. Beliau membuat helah bahawa dunia ini patut diperintah oleh orang yang benar-benar berwibawa sahaja. Maka beliau telah berjaya memujuk lebih kurang 2000 orang untuk menjadi pelaksana kepada agenda yang telah dirancang olehnya dengan disokong oleh anggota Freemasonry peringkat tinggi. Pengikut-pengikut ini yang memang berkemahiran dalam semua aspek kehidupan telah membina markas-markas sulit di seluruh dunia yang diberi nama ‘Lodges of The Grand Orient’ untuk melaksanakan perancangan pihak tertinggi (Freemasonry/Zionisme).

Menurut perancangan tersebut, agentur-agentur Illumanity perlu melaksanakan perkara berikut:

1. Menggunakan rasuah-rasuah berupa wang dan seks untuk menguasai orang-orang yang telah menduduki tempat-tempat tinggi dalam pelbagai jawatan kerajaan di seluruh dunia dan lain-lain bidang usaha manusia. Setelah mereka masuk ke dalam perangkap ini, maka tundukkan mereka dengan pelbagai ‘Black Mail’ (ugutan membocorkan rahsia keaiban) dan ugutan kewangan ataupun untuk mencederakan tubuh badannya serta orang kesayangannya.

2. Anggota-anggota Illumanity hendaklah menduduki kerusi-kerusi penting di university-universiti dan memujuk pelajar-pelajar yang cemerlang untuk memahami Ideologi Internationalisme (Pemerintahan Tunggal). Mereka akan dibekalkan dengan biasiswa untuk menerima latihan di luar negeri. Antara markas latihan yang dikenalpasti ialah di Gordonstoun (Scotland), Salem (Germany) dan Anavryta (Greece).

3. Orang-orang yang telah terperangkap dan pelajar-pelajar yang telah menerima latihan hendaklah diletakkan di tempat-tempat yang strategic sebagai agenda dalaman di jabatan-jabatan kerajaan. Mereka ini dijadikan sebagai pakar, penasihat dan juga sebagai perunding agar mereka dapat menasihati orang atasan untuk mengikuti polisi-polisi yang telah ditetapkan.

4. Illumanity hendaklah menguasai suratkhabar dan media massa yang lain. Berita dan maklumat perlulah DIPUTAR-BELITKAN supaya Goyim mempercayai bahawa pemerintahan tunggal sahaja yang dapat menyelesaikan segala masalah yang timbul.

Pada penghujung abad ke-18, kerajaan British dan Perancis merupakan dua kerajaan yang terkuat di dunia. Maka Weishaupt telah mengarahkan para agentur Illumanity supaya menimbulkan fitnah diantara kedua-dua kerajaan tersebut dengan harapan tercetusnya ‘Colonial War’ (masih ingat sejarah ini?) sekaligus melemahkan empayar British. Hasil dari itu akan tercetusnya revolusi besar bagi melemahkan empayar Perancis yang dijangka akan berlaku pada tahun 1789.

Rancangan sulit ini telah dirangka oleh Zionis berbangsa Jerman yang bernama Zwack. Kemudian rancangan ini telah disemak semula oleh Weishaupt dan dibukukan dengan nama ‘Einige Original-Scripten’.

Pada tahun 1784, buku ini telah dibekalkan kepada semua agentur yang bertugas untuk membangkitkan Revolusi Perancis. Belum sempat buku ini diedarkan kepada para agentur, pembawa buku ini telah mati dipanah petir di atas kudanya semasa melalui Bandar Ratisbon di dalam perjalanan dari Bandar Frankfurt ke Kota Paris. Pihak polis menjumpai buku rahsia tersebut dan menyerahkannya kepada pihak berkuasa ketika itu. Maka pemerintah di situ yang berada di bawah kuasa kerajaan Bavaria telah mengarahkan pihak polis untuk menyiasat dan menggeledah semua tempat yang menjadi markas Illumanity dan menangkap semua yang terlibat dengan projek rahsia yang termaktub di dalam buku tersebut.

Pada tahun berikutnya iaitu pada tahun 1985, kerajaan Bavaria telah mengharamkan Illumanity dan menutup semua sarang-sarang sulit ‘The Lodges of The Orient’. Manakala pada 1786, kerajaan Bavaria telah menerbitkan keterangan-keterangan tentang komplot sulit pertubuhan ini yang diberi nama ‘The Original Writings of The Order and Sect of The Illumanity’. Keterangan-keterangan tersebut telah diedarkan ke semua gereja dan raja-raja Eropah. Namun apa yang dilakukan oleh kerajaan Bavaria tidak menjejaskan pergerakan Illumanity kerana kuasa mereka adalah jauh lebih kuat. Maka keterangan yang dikeluarkan oleh kerajaan Bavaria itu tidak dihiraukan langsung oleh semua pihak.

Akhirnya, Weishaupt telah mengarahkan semua agentur Illumanity untuk bergabung di bawah ‘Blue Masonnary’ (diantara cabang pertubuhan Freemasonry) untuk mewujudkan sebuah kongsi gelap. Hanya anggota Freemasonry yang benar-benar berpegang dengan ‘Ideology Internationalisme’ sahaja diterima menganggotai kumpulan kongsi gelap ini. Secara automatic agentur Illumanity dapat bergerak bebas di dalam mana-mana pertubuhan kebajikan yang dinaungi oleh Freemasonry.

Setelah amaran yang dikeluarkan oleh pihak kerajaan Bavaria tidak diambil peduli, maka tercetuslah revolusi yang besar iaitu Revolusi Perancis pada tahun 1789. Setelah revolusi ini berlaku sekali lagi, kerajaan Bavaria mengambil langkah drastic untuk membendung pengaruh pertubuhan ini dengan mengeluarkan sebuah buku yang berjudul ‘Bukti Wujudnya Sebuah Komplot Untuk Menghancurkan Semua Kerajaan dan Agama’ pada tahun 1798. Malangnya segala amaran yang dikeluarkan ini juga menerima nasib yang sama seperti amaran yang pernah dikeluarkan oleh Kerajaan Bavaria sebelum berlakunya Revolusi Perancis.

Untuk memastikan perancangan sulit ini terus berjalan dengan lancar, Weishaupt telah melatih seorang agentur yang bernama Jefferson untuk beroperasi di Britain. Jefferson telah menyeludup anggota-anggota Illumanity ke dalam sarang-sarang sulit Freemasonry yang baru sahaja ditubuhkan bagi cawangan Scotland di New England..

bersambung…

Topik seterusnya – SAMBUNGAN ILLUMANITY

17. SAMBUNGAN CABANG GERAKAN FREEMASONRY

KETIGA: ROTARY

SEJARAH PENUBUHAN KELAB ROTARY

Kelab Rotary ditubuhkan di antara tahun 1903 dan 1908 bertempat di wilayah Illionis, Chicago, Amerika Syarikat. Kelab ini ditubuhkan sebagai menyahut seruan pemimpin Yahudi ketika itu, Theodore Hertzel (cuba siasat malaon paling bangsat ini) yang juga merupakan anggota Freemasonry untuk mempelbagaikan cabang-cabang pergerakan mereka. Seruan tersebut dilakukan di dalam ucapannya di kongres Gerakan Freemasonry pada tahun 1903. Kelab ini ditubuhkan oleh salah seorang anggota Freemasonry yang bernama Paul Harris yang merupakan seorang peguam.

Paul Harris telah dibantu oleh tiga orang Yahudi Amerika Syarikat iaitu Silver Sheiller (Saudagar Arang), Gustav Lower (Jurutera Perlombongan) dan Hiram Chorry (Pedagang & Penjahit). Pada peringkat awal penubuhannya, anggota Rotary semuanya dari kalangan Freemasonry yang telah dibongkar rahsianya pada Kongres Zionis di Basel, Switzerland pada tahun 1897.

Kemudian, Kelab Rotary yang kedua pula telah dibentuk di San Francisco dan yang ketiga di New York seterusnya di Washington. Pada tahun 1912, Kelab Rotary International telah dibentuk bagi membuka penyertaannya kepada masyarakat luar semasa kongres tahunan mereka yang diadakan di Wilayah Walt, Amerika Syarikat. Berikutan daripada itu, Rotary telah dianggotai oleh 5000 orang mewakili 50 Kelab Rotary yang baru dibuka di Britain, Canada dan Irlanda.

Bancian yang dibuat pada tahun 1998 menunjukkan bahawa keahliannya telah mencapai 22 juta orang yang mewakili 430 buah Kelab Rotary di 160 buah negara di dunia. 430 buah Kelab Rotary ini mewakili daerah dunia yang telah ditetapkan mengikut peta penguasaan Rotary. Daerah-daerah ini pula diletakkan nombor-nombor tertentu bagi memudahkan pentadbiran mereka. Contohnya, bagi Benua Asia, nombor rahsianya ialah 80 hingga 101 mengikut negara yang ada di Asia. Manakala kongres terakhir yang dapat diketahui ialah pada tahun 1978 bertempat di Tokyo, Jepun.

PENGERTIAN KELAB ROTARY

Perkataan ‘Rotary’ berasal dari perkataan Inggeris iaitu ‘In Rotation’ dan membawa pelbagai pengertian antaranya:

1. Orang yang bekerja dengan kelab ini sentiasa bersilih ganti

2. Tempat operasinya bertaburan atau berlegar di seluruh dunia dan berakhir di suatu titik pusat iaitu Israel.

3. Anggota baru dipilih berdasarkan profesion tertentu dan ia diadakan perjumpaan secara bergilir-gilir di setiap rumah anggota mengikut giliran masing-masing dengan diadakan majlis makan malam (dinner) untuk mengeratkan lagi tali persaudaraan dan saling bertukar-tukar idea.

4. Mengitari titik pusat dan titik pusat itu ialah HAIKAL SULAIMAN yang merupakan bangunan suci bagi Freemasonry (Zionis) yang terletak di Kota Al-Quds, Yerusalem.

Kesimpulannya, semua pengertian tersebut berlegar di bawah satu cita-cita yang menjadi matlamat utama penubuhan kelab ini iaitu mewujudkan pemerintahan antarabangsa berpusat di Israel yang juga menjadi matlamat utama bagi Gerakan Freemasonry.

MATLAMAT UTAMA KELAB ROTARY

1. Sebagai markas maklumat dan tempat latihan perkaderan serta tempat menyalurkan fikrah Freemasonry.

2. Sebagai tempat pengintip dan pengumpulan maklumat bagi setiap kawasan di seluruh dunia.

Segala maklumat yang diperolehi akan disalurkan ke markas utama di Chicago yang akan bertindak sebagai markas Freemasonry bagi hal ehwal luar. Setiap kawasan atau daerah di dunia akan diwakili oleh beberapa pakar di dalam semua aspek dan mereka akan membawa maklumat-maklumat tersebut untuk dihantar ke markas utama di Chicago.

MATLAMAT SAMPINGAN KELAB ROTARY

1. Memperluaskan promosi bagi menarik peluang-peluang pekerjaan.

2. Mengadakan konsert amal atas nama khidmat sosial yang bertujuan menarik perhatian masyarakat untuk membuktikan bahawa mereka adalah pertubuhan kebajikan.

3. Menanam semangat persahabatan, kerjasama dan cinta keamanan.

(Lihat permainan mereka! Ini bukanlah kerja yang telah direka 2 atau 3 tahun. Ini kerja orang professional. Diam tak diam mereka telah berkembang dengan pesat malah lebih di luar jangkaan daripada apa yang fikrah kita fikirkan. Pernahkah anda melalui situasi di mana mulut anda menentang Zionis tapi perlakuan anda sendiri menyerupai Zionis? Ini kerana jiwa umat manusia kini telah pun berjaya diserapkan nilai-nilai Zionis yang kita tidak nampak. Sebagai contoh, yang dekat adalah ROKOK. Semua jenis rokok adalah senjata Gerakan Freemasonry yang cukup berjaya diadaptasikan di dalam masyarakat dunia. Antara jenama rokok yang terkenal adalah seperti DUNHILL (syarikat Yahudi), SALEM (singkatan nama Yerusalem), MARLBORO (juga syarikat Yahudi) dan sebagainya. ROKOK kini merupakan salah satu sumber pendapatan utama bagi Malaysia di atas keuntungan cukai importnya. Malah, mengikut statistik pelaburan ASB (lihat sini - http://www.zaharuddin.net/content/view/224/95/ ) juga ada menyatakan pelaburan dibuat ke atas kaunter British American Tobacco yang mana dilarang sama sekali dalam Islam melabur kepada perkara yang membawa kemudharatan.

Bagi contoh lain pula, lihat saja aktiviti-aktiviti melibatkan arak. Sehingga kini, beratus-ratus malah ribuan kedai ada melakukan aktiviti penjualan arak. Lihat sahaja di supermarket-supermarket besar, arak begitu berleluasa dijual tanpa mengenakan syarat yang ketat kepada pembeli. Semua umat mampu membeli kerana tiada larangan yang begitu jitu DIKUATKUASAKAN kerana budaya SEKULARISM ini telah pun diserapkan begitu awal lagi. Ya, pihak berkuasa agama ada yang bertindak bagi mengatasi masalah ini namun statistik peminum arak di kalangan Muslimin dan Muslimat semakin meningkat. Bagi melihat perkara ini, adalah perlu bagi kita memandang pula kepada Sistem Perundangan pula. Bagaimana undang-undang yang dilaksanakan di dalam negara? Selain itu, masalah RIBA’ juga adalah senjata Gerakan Freemasonry yang dikatakan amat berjaya. RIBA’ atau BUNGA atau FAEDAH ini merupakan serangan halus Gerakan Freemasonry dalam menjerat umat manusia ke dalam kancah kemelesetan ekonomi. Begitu banyak Bank-Bank Konvensional yang mengadaptasikan RIBA’ di dalam ‘pakej’ pinjaman mereka. Konsep pinjaman yang dibenarkan dalam Islam adalah:

“Jumlah Pinjam = Jumlah Pulangan”

Ini kerana, orang yang meminjam sudah tentu orang yang memerlukan wang atau di dalam kesusahan. RIBA’ ini menambahkan lagi penderitaan kepada orang yang meminjam. RIBA’ telah meresap ke dalam pakej seperti:

1. PINJAMAN KEWANGAN
2. PINJAMAN PERUMAHAN
3. PELBAGAI INSURAN
4. KAD KREDIT

Itu yang kita perasan kalau anda betul-betul membaca. Bagaimana pula dengan

FOREX YANG MENGGUNAKAN PLATFORM NON SYARIAH?
PERMAINAN NOMBOR EKOR?
JUDI DI GENTING?
KARAOKE?
RUMAH-RUMAH LENDIR PELACURAN?
RUMAH-RUMAH URUT?
HIBURAN ASTRO?
MAKANAN HARAM?
RASUAH?
PELABURAN UPLINE DAN DOWNLINE? (lihat apa jadi pada Bernard Madoff)
PEMODENAN?
SUKAN-SUKAN GOLF?

Fikrah kita semua sama, anda lebih arif untuk meneruskan. Lupakan soal politik sebentar dan cuba masuk ke ruang serangan-serangan Gerakan Freemasonry ini. Telus dan tidak culas, pasti anda menemui jalannya.)

bersambung…

Topik seterusnya – SAMBUNGAN CABANG GERAKAN FREEMASONRY (ILLUMANITY) – Satu maklumat yang panjang dan amat menarik!

16. SAMBUNGAN CABANG GERAKAN FREEMASONRY














KEDUA: LIONS

SEJARAH PENUBUHAN KELAB LIONS

Kelab Lions ditubuhkan oleh peguam muda yang bernama Mulfin John yang bekerja di sebuah Syarikat Insuran di Chicago. Peguam muda ini menubuhkan Kelab Lions pada asalnya untuk member jaminan insuran kepada mana-mana syarikat yang tidak mahu member jaminan kepada mangsa perang dengan cara menggabungkan semua Syarikat Insuran di bawah satu naungan. Kelab ini diasaskan pada tahun 1915 bertempat di Bandar Saint Antonio, Texas, Amerika Syarikat.

Kelab Lions telah mengadakan kongres yang pertama pada tahun 1918 yang dihadiri oleh 22 orang Yahudi Freemason. Kelab ini merupakan cabang kepada Gerakan Freemasonry yang didukung oleh Yahudi Antarabangsa. Kedudukan pejabat Kelab Lions berada di pusat Kelab Rotary dan pejabat cawangan Bahaiyah Amerika Syarikat. Kemudian, pejabat ini berpindah ke New York dan seterusnya ke Washington.

Kewujudan Kelab Lions juga sebagai ganti kepada Kelab Rotary (andaikata kelab tersebut diketahui akan pergerakannya yang sebenar). Hal ini kerana, kedua-dua kelab ini diwujudkan bagi mengaburi khalayak ramai tentang pergerakan Freemasonry dalam sesebuah negara.

Perkataan Lions pada kelab tersebut membawa banyak maksud. Antaranya bermaksud ‘singa’ iaitu pengawal atau penjaga HAIKAL SULAIMAN yang berada di salah satu bahagian Masjidil Aqsa. Antara lain, Lions membawa maksud ‘Libertgintelligenceouivationssafety’ yang bererti merdeka dan bijak demi keselamatan negara kami.

Penubuhan Kelab Lions adalah bertujuan untuk memberikan kemudahan kepada masyarakat dan membantu menyelesaikan permasalahan mereka. Slogan manis ini berfungsi untuk menutup projek rahsia mereka yang sebenarnya.

MATLAMAT UTAMA KELAB LIONS

‘Bangsa Yahudi mencampuri bangsa lain atas nama persahabatan dan kasih saying, kemudian mereka menyalurkan segala maklumat yang diperolehi kepada markas utama supaya ekonomi dan politik sesuatu kawasan dapat dikuasai.’

Begitulah langkah-langkah orang Yahudi dalam mengatur pergerakan mereka bagi menjayakan segala perancangan mereka. Mereka menganggap bahawa bangsa lain di dunia ini adalah bodoh dan setaraf dengan haiwan ternakan (Goyim) dan boleh diperlakukan oleh mereka dengan sesuka hati untuk merealisasikan apa yang dikehendaki oleh mereka.

MATLAMAT SAMPINGAN KELAB LIONS

1. Menanamkan roh kerjasama di kalangan bangsa di dunia.

2. Menjauhkan masyarakat dunia daripada konflik politik dan agama.

3. Memberikan khidmat social melalui badan ataupun pertubuhan kebajikan.

(Secara terus terangnya, di Malaysia telah lama wujud Kelab Lions ini. Cuba anda cari di Internet pasti akan jumpa. Ataupun anda sendiri pernah melihat melalui mata kepala anda sendiri. Lalu, bagaimanakah hal demikian boleh berlaku? Ini kita perlu melihat kembali Sejarah Penubuhan Malaysia. Saya tidak mahu mengulas perkara ini dengan lebih lanjut. Anda tentu boleh melakukannya. Fikrah kita semua sama. Nanti saya dituduh tidak ber'Nasionalisme' pula. Justeru, modus operandi Kelab Lions ini tetap sama dengan pertubuhan-pertubuhan lain. Boleh dikatakan kaedah ini merupakan kaedah serangan secara halus dan kebiasaannya hal sebegini dipandang remeh oleh masyarakat yang mengamalkan dasar terbuka. Ya, kita sememangnya perlu ada dasar ini, namun perlu diingat sewaktu kepimpinan Sultan Salahuddin Al-Ayyubi pada masa dahulu mengamalkan kepimpinan seratus peratus Islam yakni Majlis Syura. Walaubagaimanapun, orang bukan muslim juga dilantik menjadi pembesar-pembesar di kalangan kerajaannya dengan syarat iaitu mereka ini menerima kepimpinan Islam. Sewaktu Sultan Salahuddin Al-Ayyubi menjadi pemimpin, perkara pertama yang dilaksanakan adalah membersihkan kerajaan dari pembesar-pembesar yang mengamalkan rasuah. Bagaimana pula beliau mampu memenangi Perang Salib yang merupakan peperangan paling panjang dalam pentas Sejarah Islam? Beliau mengadaptasi sepenuhnya kaedah peperangan yang dilaksanakan oleh Rasulullah SAW. Hinggakan di medan perang, beliau diibaratkan "Ibu Yang Kehilangan Anak" yang bererti beliau tidak pernah diam dan duduk walaupun ketika itu beliau adalah Jeneral Angkatan Perang! Beliau sendiri memotivasikan umatnya dan beliau sendiri berlawan pedang bersama-sama para pejuang Islam. Hinggakan para tawanan tentera salib yang ditangkap pernah disoal, tentang kekalahan Tentera Salib yang ramai pada satu ketika pertempuran sedangkan tentera Islam sedikit bilangannya. Lalu para tawanan itu menjawab, sewaktu berlari pergi bertempur dengan tentera Islam, mereka telah mendengar bunyi langit bergegak gempita dan mereka melihat beribu-ribu tentera berkuda turun daripada langit menentang mereka! Siapakah 'tentera berkuda' yang dimaksudkan itu? Anda kenalah cari buku "SALAHUDIN AYUBI-PENAKLUK JERUSALEM". Wallahuallam..)

bersambung…

Topik seterusnya - SAMBUNGAN CABANG GERAKAN FREEMASONRY

15. CABANG GERAKAN FREEMASONRY

PERTAMA: BAHAIYAH

SEJARAH PERGERAKAN BAHAIYAH ATAU BABIYAH

Pergerakan ini timbul di Negara Iran pada abad ke-19M iaitu pada tahun 1844. Ia diasaskan oleh orang Yahudi yang menyamar sebagai orang Islam mengunakan nama Mirza Muhammad Ali Syirazi yang telah meninggal dunia pada tahun 1853 (cuba cari di Google siapa malaon ini). Pergerakan ini timbul di kalangan Syiah Imamiyah di sebuah kawasan yang bernama Syirazi di dalam wilayah Iran sekarang ini.

Mirza Ali telah mendakwa dirinya ‘Albab’ yang membawa maksud pintu. Beliau mendakwa dirinya menjadi pintu bagi kaum Syiah atau seluruh umat Islam yang akan mentadbir bersama imam yang akan ditunggu-tunggu kedatangannya pada akhir zaman. Perkataan ‘Albab’ itu sendiri diambil daripada sabda Nabi Muhammad SAW yang bermaksud:

“Aku kota ilmu dan Ali adalah pintunya”.

Menurut fahaman Syiah, Saidina Ali merupakan pintu yang dimaksudkan itu tetapi Mirza Ali telah mendakwa dirinya seperti yang dimaksudkan hadis tersebut dan menamakan ajarannya sebagai ‘Babiyah’ atau ‘Bahaiyah’. Setelah diasaskan, pergerakan ini dianggotai oleh 15 orang Yahudi di Tehran, 100 orang di Hamdan, 50 orang Yahudi di Kausan dan 15 orang Yahudi di Kalbakian.

Pada awal penubuhannya, pergerakan ini telah mendapat sambutan yang menggalakkan kerana pada awalnya, pergerakan dizahirkan sebagai suka kepada amalan Islam yang tulen. Namun selepas itu pergerakan ini telah menyeleweng daripada kehendak Islam dengan mengajak umat manusia untuk keluar daripada semua anutan keagamaan dan membentuk kesatuan agama yang dirumus oleh Mirza Muhammad Ali Syirazi. Beliau bercita-cita membentuk sebuah kerajaan antarabangsa yang mempunyai kesatuan dari segi agama, bahasa dan negara.

Beliau menyeru umat manusia supaya menghancurkan semua tempat ibadat yang ada dan melakukan ibadat Haji di sebuah gunung yang bernama Karmal Ba’ka yang merupakan tanah perkuburan orang-orang Bahaiyah. Lebih daripada itu, orang-orang Bahaiyah menyokong penuh pembentukan tanah air nasional Yahudi di Palestin dan penubuhan negara Israel. Mirza Ali Muhammad telah mengeluarkan fatwa bahawa ketiga-tiga agama iaitu Yahudi, Kristian dan Islam adalah benar dan semuanya datang dari Allah.

Beliau juga menyeru supaya disatukan ketiga-tiga agama ini agar membentuk satu agama yang diberi nama ‘Dinullah’ atau ‘Agama Internasional’. Kemudian, beliau mendakwa dirinya sebagai ‘Al-Mahdi’ dan ‘Khalifah’ daripada Nabi Musa, Isa dan Muhammad SAW. Berikutan dakwaan itu, beliau dijatuhkan hukuman mati oleh pemerintah Iran pada ketika itu yang bernama Syah Tibriz. Selepas kematiannya, semua penganut ajaran ini lari menyelamatkan diri ke merata tempat terutamanya Turki dan Palestin.

Tidak lama selepas itu, pergerakan ini telah timbul kembali di wilayah Palestin yang dipimpin oleh Mirza Husin Ali Bahaillah. Malaon ini lahir pada 1817 dan meninggal dunia pada tahun 1892. Beliau telah mendakwa dirinya sebagai wakil (Khalifah) daripada Mirza Ali Muhammad untuk meneruskan ajaran Babiyah. Beliau kemudian menukar Babiyah kepada Bahaiyah mengambil sempena namanya iaitu Bahaillah.

Selepas kematiannya pada tahun 1892, anaknya yang bernama Abdul Baha’ telah mengembangkan ajaran ini ke seluruh dunia terutama di Eropah dan Amerika Syarikat. Pergerakan ini tidak begitu masyhur di negara Islam tetapi amat aktif di Barat dengan menerbitkan pelbagai jenis risalah dan buku berkenaan fahaman mereka. Pusat pentadbiran Bahaiyah sekarang terletak di Haifa, kawasan penjajahan Israel. Manakala cawangannya terletak di Chicago, Amerika Syarikat yang merupakan pusat pentadbiran Zionis Antarabangsa. Sebagaimana yang kita maklumi bahawa Chicago juga merupakan pusat pentadbiran bagi Gerakan Freemasonry.

AJARAN BABIYAH ATAU BAHAIYAH

1. Penyatuan Agama (International Religion)

Mirza Ali Muhammad merumuskan bahawa ketiga-tiga agama iaitu agama Islam, Yahudi dan Kristian adalah agama yang datang dari tuhan. Beliau mengajak semua penganut agama ini untuk membubarkan agama mereka dan membentuk agama yang satu yang dipanggil Dinullah atau Agama Internasional. Rumusan beliau ini ialah bertujuan mengelakkan permusuhan yang selalu berlaku di antara ketiga-tiga agama ini. Beliau mendakwa, dengan adanya agama yang satu perbalahan antara agama tidak akan berlaku kerana mereka saling beribadat kepada tuhan yang Maha Esa. Sekiranya kita mengkaji fahaman ini dengan lebih mendalam, kita akan dapati kesannya boleh mengakibatkan manusia meninggalkan semua agama mereka seterusnya membawa mereka kepada ‘Ilhadiyah’ sebagaimana matlamat yang dikehendaki oleh Freemasonry.

Ajaran beliau ini terang-terangan menyalahi apa yang terdapat di dalam Al-Quran. Di dalam Al-Quran, kedua-dua agama ini sesat dan agama yang benar adalah satu iaitu agama Islam. Al-Quran menyeru supaya manusia menganut agama Islam kerana ia agama akhir zaman dan agama yang diredhai oleh Allah SWT. Jika penganut agama lain tidak mahu menganut agama Islam, terpulanglah kepada mereka kerana di dalam Islam tiada paksaan kepada mereka untuk memasuki agama Islam. Pun begitu, kita disarankan BERDAKWAH dengan cara menyebut ayat-ayat Allah yang terkandung di dalam Al-Quran kepada mereka.

2. Fahaman ‘Serba Tuhan’ (Wehdatul Wujud)

Mengikut majalah Nurul Islam terbitan Al-Azhar, Bahaiyah merupakan ajaran yang mempercayai serba tuhan. Majalah tersebut membawa contoh daripada petikan sebuah buku Bahaiyah yang berjudul Al-Bayan yang berbunyi:

“Yang sebenarnya wahai makhlukku, bahawasanya engkau adalah aku”

Jelas menunjukkan bahawa pengikut ajaran Bahaiyah ini menganut fahaman ‘Wehdatul Wujud’ iaitu penyatuan antara makhluk dan tuhan. Fahaman ini adalah sesat dan merupakan syirik kepada Allah yang Maha Esa. Makhluk dan tuhan tidak boleh bersatu kerana tuhan pencipta makhluk yang ada.

3. Rasul Manifestasi (Jelmaan) Daripada Tuhan

Kaum Bahaiyah beri’tiqad bahawa Rasul itu merupakan jelmaan daripada tuhan

(terdapat satu lagi malaon bernama Beghawan Shri Satya Sai Baba di India mengatakan dirinya adalah jelmaan tuhan. Malaon ini juga dikatakan antara golongan Dajjal dan hampir dikatakan Dajjal utama namun sifat-sifatnya masih tidak mencukupi iaitu mempunyai mata satu (buta sebelah) dan tertulis perkataan Kaf Fa Ra-Kafir. Sila cari buku Dajjal ‘Sudah’ Muncul Dari Khurasan. Khurasan ini bermakna Timur).

Manakala Mirza Ali Muhammad dan Khalifa Mirza Ali Husin merupakan jelmaan tuhan yang lebih sempurna daripada Nabi Musa, Isa dan Muhammad SAW. Mereka beri’tiqad bahawa Mirza Ali Muhammad dan tuhan itu adalah satu.

Di dalam makalah Bahaiyah ada dinyatakan perkara tersebut dengan katanya:

“Sekarang kami sampaikan kepada saudara berita yag amat baik. Bergembiralah bahawa tuhan telah mengirimkan kepada kita matahari kebenaran. Dia telah mewujudkan dirinya dalam seorang yang besar untuk menyelamatkan kita daripada semua kesengsaraan dan dukacita. Kewujudan tuhan zaman ini bernama Bahaillah yang bererti kemuliaan atau cahaya tuhan.”

Jelas kepada kita bahawa kaum Bahaiyah itu beri’tiqad bahawa tuhan boleh menjelma ke dalam tubuh manusia sebagaimana tuhan menjelmakan dirinya ke dalam jasad Bahaillah (merujuk kepada Mirza Husin Ali Bahaillah). Ajaran ini sama dengan apa yang terdapat di dalam ajaran Kristian iaitu penjelmaan tuhan ke dalam anaknya dan Ruhul Qudus. Jelas, fahaman Bahaiyah merupakan fahaman yang dicedok daripada initipati aqidah di sekitarnya supaya membentuk satu agama baru sebagaimana yang diimpikan oleh pengasasnya Mirza Ali Muhammad. Fahaman sesat ini sememangnya bersalahan dengan apa yang dianuti oleh Ahli Sunnah Wal Jamaah.

4. Jihad Itu Haram

Kaum Bahaiyah menolak jihad dengan senjata sama ada jihad itu untuk mempertahankan diri atau agama. Mereka hanya beri’tiqad bahawa jihad itu hanyalah lisan sahaja. Bahkan ade pemimpin Bahaiyah yang menasakhkan (menghapuskan) ayat Jihad dan memfatwakan Jihad serta membawa senjata adalah haram.

Berkata seorang pemimpin Bahaiyah:

“Diharamkan ke atas kamu membawa peralatan perang.”

Pengharaman jihad dan memiliki senjata untuk kepentingan siapa? Tidakkah ia mempunyai kepentingan di sebaliknya? Fahaman inilah yang menyebabkan ajaran Bahaiyah menjadi popular di Eropah dan Amerika Syarikat. Pihak Imperialis sememangnya menantikan peluang terbaik ini untuk membentuk idealism yang sesat untuk dianuti oleh umat Islam.

Fikrah yang dibentuk secara licik ini, kini semakin mendapat perhatian di kalangan intelektual Islam terutamanya bagi mereka yang bertalaqi dengan mahaguru Orientalis yang sememangnya menaruh dendam kepada agama Islam. Pihak imperialis dengan sesuka hati menakluk tanah air umat Islam sedangkan segerombolan ahli cerdik pandai Islam menegah umat Islam daripada mempertahankan tanahair dan agama mereka dicabuli. Fahaman ini bersalahan dengan apa yang kita anuti iaitu kita disuruh mempertahankan tanahair dan agama kita sekiranya dicabuli seperti firman Allah SWT di dalam surah At-Taubah ayat 36 yang membawa makna:

“Perangilah orang-orang Musyrikin seluruhnya sebagaimana mereka memerangi kamu seluruhnya.”

Kita sebagai umat Islam perlu memberi perhatian kepada pergerakan ini yang semakin hari semakin mendapat perhatian terutamanya kepada mereka yang membaca buku-buku agama yang dicetak di dalam bahasa Inggeris, khususnya yang dikeluarkan di London. Pada hari ini, nama Bahaiyah itu tidak dikenali tetapi fahamannya menjadi ikutan terutamanya kepada mereka yang berguru dengan tokoh-tokoh intelektual dari Eropah. Mereka sememangnya mengguna pakai nama Islam dan melakukan amalan Islam tetapi fahaman mereka amat diragui.

(Sebenarnya terdapat banyak lagi kumpulan-kumpulan sesat yang lain dimana mendapat tajaan daripada Gerakan Freemasonry. Freemasonry akan mengambil kesempatan ke atas persekitaran. Hal ini sememangnya bertepatan dengan sikap umat Yahudi yang suka menipu dan memperdayakan manusia. Sebagai contoh, Beghawan Shri Satya Sai Baba yang ditafsirkan antara Dajjal kecil berada di India dan masih hidup sehingga kini. Pengikut Sai Baba ini amat ramai hinggakan berjuta bilangannya yang mana terdiri daripada pelbagai lapisan masyarakat, kaum mahupun agama. Malaon ini mengeluarkan fahamannya yang mengatakan semua agama sama tak kira Kristian, Buddha, Hindu mahupun Islam. Beliau juga mempunyai kesaktian menyembuhkan penyakit dan berupaya mengeluarkan debu tepung yakni Vibuthi dalam bahasa tamil tak silap saya bagi memberikan kepada orang ramai. Ramai yang terpesona dengan kesaktian malaon ini cukup mudah terjebak dek kesesatan yang telah dianjurkannya. Antara lainnya, malaon ini juga cuba bersikap tolak ansur dengan membinakan masjid untuk penduduk minoriti di kawasan tempat tinggalnya lalu menyifatkan ianya bagi kegunaan untuk orang Islam. Secara tak langsung, ramai orang Islam terpedaya lalu mengagung-agungkan Sai Baba sehingga berlebih-lebihan sedangkan Islam hanya perlu kembali kepada Allah. Malaon ini juga mendakwa bahawa sekiranya beliau mati, maka beliau akan kembali menjelma sebagai Isa Al-Masih pada tahun 2020 untuk membimbing umat manusia. Ramai umat manusia terpedaya lalu mengatakan Sai Baba adalah jelmaan tuhan untuk masa kini. Jelmaan tuhan akan datang adalah Isa Al-Masih yang juga merupakan Sai Baba. Sungguh sesat dan sungguh berat fitnah ini. Untuk lebih lanjut, anda perlu mencari buku tersebut yang dikarang oleh Abu Fatiah Al-Adnani. Wallahuallam..)

Untuk mengesahkan perkara ini cuba anda click alamat web ini


bersambung…

Topik seterusnya - SAMBUNGAN CABANG GERAKAN FREEMASONRY