Tuesday, March 30, 2010

6. MARTABAT FREEMASONRY JUZUK PERTAMA

SIMBOLIK UMUM

Baiklah. Martabat ini disertai oleh pelbagai lapisan bangsa dan agama. Penyertaan terbuka kepada seluruh masyarakat dunia tanpa mengira warna kulit dan pangkat. Pengikut kepada martabat ini menggunakan lambang dan simbol yang tidak dapat difahami serta mempunyai perbuatan dan pertuturan tersendiri. Setiap simbol atau lambang tersebut mempunyai erti tertentu yang melambangkan sesuatu peristiwa mahupun kejadian yang terdapat dalam kitab Taurat. Di antara lambang yang biasa digunakan ialah lambang bentuk MATAHARI, BULAN, MATA, DUA TANGAN BERJABAT SALAM, TUNAS, WARNA BIRU, PALU dan sebagainya. Sebahagian daripada simbol-simbol tersebut melambangkan identiti Yahudi dan cita-cita mereka.

Manakala dinamakan umum pula adalah kerana pada peringkat ini ia boleh dianggotai oleh semua lapisan bangsa NON YAHUDI iaitu GOYIM. Cogankata Freemasonry adalah kebebasan (free), persaudaraan (friend), dan persamaan (faithful) - (rujukan adalah buku Rahsia Gerakan Freemasonry & Kelab Rotary, halaman 4). Mereka akan dinaikkan pangkat sedikit demi sedikit berdasarkan pada prestasi yang ditunjukkan serta sokongan yang kuat terhadap gerakan Zionisme Antarabangsa dan mengikut kejayaan mereka dalam menyebarkan syiar ini. Pada martabat ini terdapat tiga peringkat yang perlu dilalui sebelum pergi ke peringkat seterusnya iaitu:

Peringkat Pertama - Ahli biasa yang diberi gelaran Friend / Saudara
Peringkat Kedua - Pekerja
Peringkat Ketiga - Guru / Master

Setelah berjaya melepasi ketiga-tiga peringkat ini, mereka akan diberikan gelaran "Yang Terhormat". Peringkat ini lebih dikenali sebagai peringkat ke-18 atau "Salib Bunga Mawar". Pada peringkat ini mereka dikehendaki memakai lambang salib. Seterusnya mereka akan dinaikkan ke pangkat hingga ke peringkat ke-33 dengan gelaran "Yang Maha Agong/Majesty" sebelum mereka memasuki martabat seterusnya.

Matlamat martabat ini adalah:

1. Memperkenalkan pertubuhan yang dinaungi mereka ke seluruh dunia dengan berkecimpung di dalam arena politik, sosial dan ekonomi, seterusnya mengumpul maklumat tentang negara yang menjadi sarang operasi mereka.
2. Menarik perhatian orang-orang yang mempunyai kepentingan di dalam sesebuah negara atau pertubuhan untuk didedahkan dengan pergerakan ini.

Zurjy Zidan, seorang anggota Freemasonry yang dahulunya memegang tampuk pengurusan Darul Hilal Al-Misriyah berkata dalam bukunya "Tarikhul Masuniyah al-Am" (Sejarah Freemasonry Secara Umum):

"Freemasonry tidak pernah berhenti untuk memberi bantuan dalam bidang ilmu pengetahuan, misi kedamaian dan pembangunan moral. Secara global, Freemasonry adalah tunggak sosial. Titik perhatiannya pada kesempurnaan dan kemuliaan dari satu negara ke satu negara yang lain dan dari satu bangsa ke satu bangsa yang lain, Semua itu dilakukan dengan langkah yang mantap, cita-cita yang tinggi dengan melibatkan para pembesar dan pemimpin agama. Mereka akan melaksanakan rancangan politik dan tugas-tugas mereka sehinggalah Freemasonry tersebar ke serata dunia. Pertemuan-pertemuan akan dihadiri oleh berpuluh-puluh ribu pemimpin atasan dan anggotanya dianggarkan mencapai puluhan juta yang terdiri daripada RAJA-RAJA, AHLI FALSAFAH, PEMIMPIN AGAMA, CENDEKIAWAN dan PARA PEMIMPIN NEGARA!"

Terdapat lafaz Sumpah Taat Setia pengikut pada martabat ini. akan tetapi terlalu panjang untuk ditaipkan. Jika anda berminat, hanya PM aku. Aku akan send by email. Sumpah Taat Setia adalah lebih kurang kepada Sumpah yang asal. Tetapi terlalu panjang kerana ada banyak elemen-elemen ditekankan di dalam sumpah bagi pengikut martabat ini.

bersambung..

Topik Seterusnya - Martabat Freemasonry Juzuk Kedua

No comments:

Post a Comment