Thursday, March 25, 2010

5. LAFAZAN SUMPAH TAAT SETIA GERAKAN FREEMASONRY


Berikut adalah Sumpah Taat Setia Gerakan Freemasonry berdasarkan kitab "Ikhtirak al-Yahudi fi Mujtama'at al Islamiyat-Nasyatuhu wa Tatowwuruhu, halaman 139 berbunyi:

"Saya si fulan bin si fulan bersumpah dengan nama tuhan dan Taurat serta dengan penuh penghormatan saya, sesungguhnya saya telah menjadi salah seorang daripada anggota yang sembilan mengasaskan pergerakan ini (Secret Power). Saya berjanji tidak akan mengkhianati saudara seanggota dengan apa-apa bentuk kemudaratan berdasarkan ketetapan pergerakan. Saya berjanji untuk mengikuti segala ketetapan (peraturan) yang telah disepakati bersama dengan penuh ketaatan, amanah dan berusaha melakukan dengan sebaik-baiknya. Saya berjanji untuk berusaha menambahkan bilangan keanggotaan. Saya juga berjanji untuk memesongkan sesiapa sahaja yang mengikuti ajaran Al-Masih dan berusaha sedaya upaya saya untuk membunuh mereka yang menyebarkan ajaran ini. Saya berjanji tidak akan membocorkan mana-mana rahsia yang tersimpan antara kami seanggota kepada anasir luar mahupun daripada kalangan seanggota kami (yang berpaling tadah). Sekiranya saya telah didapati khianat dengan cara membocorkan rahsia pergerakan mahupun perkara-perkara yang harus diselindungi antara kami seanggota, maka saudara seanggota saya berhak untuk membunuh saya dengan apa cara sekalipun."

Maka, sebaik sahaja lafazan ini selesai, anggota-anggota ini menubuhkan markas pertama yang diberi nama 'Markas Jerusalem' bertempat di Istana Herod's Akriba/Father. Nama istana tersebut ialah 'De Haliza' yang merupakan markas operasi pergerakan ini. Maka bermulalah misi pertama seperti yang telah dijanjikan. Langkah pertama ialah menubuhkan pertubuhan-pertubuhan yang melambangkan kemanusiaan dengan pelbagai nama padahal bernaung di bawah tujuan yang satu.

Langkah seterusnya ialah melakukan perubahan Sumpah Taat Setia yang asal bagi mengaburi umat manusia untuk menarik lebih ramai anggota menyertai pergerakan sesat ini. Pertubuhan boleh dilihat cenderung kepada keamanan dan sosial.

Lafazan Sumpah Taat Setia yang telah diubah adalah seperti:

"Saya si fulan bin si fulan bersumpah dengan nama tuhan dan dengan sepenuh keimanan serta penghormatan saya, sesungguhnya saya bersatu bersama saudara seanggota untuk melakukan segala apa yang telah disepakati oleh kami semua. Sesungguhnya saya akan berjanji akan saling tolong menolong sesama mereka dan akan sehati sejiwa hingga ke akhir hayat."

Perbezaan antara kedua-dua lafazan hanyalah dari segi pembalasan orang yang mengkhianati perjanjian tersebut sahaja. Pada lafazan pertama, balasan bagi pengkhianat disebut dengan jelas dan pada lafazan kedua ianya tidak dinyatakan dengan jelas. Lafazan kedua dipendekkan agar isi kandung tidak dapat diketahui dengan jelas. Hanya mereka yang bertaraf anggota sahaja tahu apa isi-isinya.

Di antara pertubuhan-pertubuhan tersebut ialah ROTARY, LIONS, ST JOHN dan pertubuhan-pertubuhan kewanitaan (YOGA), persaudaraan, kesihatan dan kanak-kanak sedunia.

bersambung..

Topik seterusnya - Martabat Freemasonry

1 comment:

  1. There are more and more people that are in the need of Buy Viagra, many for serious and real erectile dysfunctions, others just for the placer of using Viagra, Generic Viagra. Now with the internet almost in every home it is more easy to get Viagra Online or Cheap Viagra or if you want you can purchase Viagra Online Without Prescription or Viagra Without Prescription, you just have to take the easiest way to obtain the product.

    ReplyDelete