Wednesday, March 31, 2010

7. MARTABAT FREEMASONRY JUZUK KEDUA

Baiklah. Seterusnya kita pergi ke fakta seterusnya iaitu Martabat Freemasonry Juzuk Kedua. Ia lebih tertumpu kepada Royal/Kerajaan. Semua martabat ini dianggotai oleh bangsa Yahudi tulen. Mereka digelar sebagai anggota bersaudara (friend). Martabat ini tidak dibenarkan sama sekali dianggotai oleh bangsa lain selain daripada bangsa Yahudi kecuali dengan beberapa syarat tertentu iaitu:

1. Mencapai peringkat martabat Simbolik Umum yang ke-33 dengan gelaran "Guru Yang Maha Agong".
2. Tidak berpegang dengan mana-mana agama (Atheist) dan negara serta menjadikan Freemasonry sebagai sebuah pertubuhan terulung.

Anggota bukan Yahudi yang diterima untuk menganggotai martabat ini hanya digelar sebagai 'Rakan Sejawat' sahaja dan tidak lebih daripada itu. Manakala keanggotaan pada martabat ini terdiri daripada RAJA-RAJA, PRESIDEN, PERDANA MENTERI dan KETUA PARTI (sila beri perhatian pada golongan ini) dari beberapa buah negara dunia. Anggota dan pemimpin pada martabat ini tidak diketahui oleh sesiapa pun melainkan anggotanya sahaja.

Martabat ini menjadikan aliran Yahudi sebagai asas dalam pegangan dan sosio-budaya. Mereka melakukan kerja mengikut telunjuk Yahudi yang mengatur pemikiran serta pergerakan. Orang-orang bukan Yahudi yakni Goyim akan berada dalam martabat ini untuk menunjukkan ciri-ciri orang Yahudi seratus peratus. Mereka ini akan dilibatkan dengan pergerakan yang begitu sistematik dan mempunyai strategi yang mantap dalam rangka menyatukan kembali seluruh bangsa Yahudi di dunia dan mengembalikan Jerusalem, seterusnya membina HAIKAL SULAIMAN di sana. Martabat ini didedahkan dengan beberapa rahsia pergerakan Freemasonry yang disembunyikan daripada pengetahuan martabat Simbolik Umum. Berikut adalah Lafaz Taat Setia bagi martabat Royal/Kerajaan:

(mohon anda tidak baca secara lisan atau tidak berniat dengan apa cara sekalipun agar tidak dikira terpesong. ini hanya untuk pengetahuan. Saya pohon keampunan kepada Allah SWT)

"Saya bersumpah dengan nama tuhan yang hak lagi maha tinggi bahawasanya pertubuhan ini ditubuhkan berdasarkan matlamat yang betul dan saya menerimanya dengan penuh keikhlasan. Saya bersumpah dan berjanji bahawasanya saya akan sentiasa menjaga dan menyimpan mana-mana rahsia dalam martabat ini yang dikenali sebagai "Martabat Suci Kerajaan Jerusalem" daripada terdedah kepada sesiapa pun di atas muka bumi ini kecuali kepada teman seperjuangan dalam pertubuhan ini. Itupun setelah mereka mendapat ujian kesetiaan yang begitu ketat. Saya juga berjanji dengan sepenuh jiwa raga bahawa saya tidak akan bercakap mengenai nama gerakan rahsia ini yang saya lafazkan pada hari ini kecuali apabila disaksikan oleh dua orang teman daripada martabat ini atau wujudnya markas baru yang seumpamanya ini yang perlu diperkenalkan identiti ahlinya. Saya juga bersumpah bahawa selagi nyawa dikandung badan, selagi itulah saya akan menjaga kata-kata ini daripada dicabuli. Sekiranya saya tidak berbuat demikian, maka pancunglah kepala saya sebagai balasan."

Martabat ini mempunyai beberapa peringkat yang perlu dilalui oleh anggotanya. Peringkat paling rendah dikenali sebagai 'Rakan Sejawat'. Peringkat ini dianggotai oleh sesiapa sahaja yang telah menduduki tangga ke-33 di dalam martabat Simbolik Umum yang digelar sebagai "Guru Yang Maha Agong". Kebanyakan orang yang bukan berbangsa Yahudi (NON YAHUDI) yang telah menganggotai martabat ini hanya layak berada di peringkat ini (Rakan Sejawat) sahaja buat selama-lamanya. Mereka tidak akan mendapat jawatan seterusnya, berbeza dengan bangsa Yahudi.

Manakala peringkat yang paling tinggi dalam martabat ini dikenali sebagai 'Teman Sejawat Agong' atau 'Teman Raja-Raja Kota Suci Jerusalem'. Mereka telah sampai ke peringkat ini layak untuk menganggotai martabat Alam Semesta iaitu martabat terakhir dalam Freemasonry. Martabat kedua ini mempunyai beberapa kelab perkumpulan yang diketuai oleh Teman Sejawat Agong. Ahli di kalangan perkumpulan ini tidak dikenali oleh orang lain melainkan setelah diperkenalkan oleh pemimpin mereka (Teman Sejawat Agong).

*di sini anda perlu meneliti siapakah PRESIDEN, siapakah PERDANA MENTERI, siapakah KETUA PARTI yang dikatakan menganggotai Gerakan Freemasonry ini. Ini kerana, jatuhnya Kerajaan Uthmaniyah adalah berpunca daripada seorang ahli Freemasonry yang telah dilatih dari kecil iaitu Mustafa Kamal Attartuk (ini akan dikupas kemudian). Lalu adalah wajib bagi meneliti golongan-golongan ini datangnya dari mana kerana mereka ini adalah bakal menjadi pengkhianat agama, bangsa dan negara.

bersambung...

Topik Seterusnya - Martabat Freemasonry Juzuk Ketiga

Tuesday, March 30, 2010

6. MARTABAT FREEMASONRY JUZUK PERTAMA

SIMBOLIK UMUM

Baiklah. Martabat ini disertai oleh pelbagai lapisan bangsa dan agama. Penyertaan terbuka kepada seluruh masyarakat dunia tanpa mengira warna kulit dan pangkat. Pengikut kepada martabat ini menggunakan lambang dan simbol yang tidak dapat difahami serta mempunyai perbuatan dan pertuturan tersendiri. Setiap simbol atau lambang tersebut mempunyai erti tertentu yang melambangkan sesuatu peristiwa mahupun kejadian yang terdapat dalam kitab Taurat. Di antara lambang yang biasa digunakan ialah lambang bentuk MATAHARI, BULAN, MATA, DUA TANGAN BERJABAT SALAM, TUNAS, WARNA BIRU, PALU dan sebagainya. Sebahagian daripada simbol-simbol tersebut melambangkan identiti Yahudi dan cita-cita mereka.

Manakala dinamakan umum pula adalah kerana pada peringkat ini ia boleh dianggotai oleh semua lapisan bangsa NON YAHUDI iaitu GOYIM. Cogankata Freemasonry adalah kebebasan (free), persaudaraan (friend), dan persamaan (faithful) - (rujukan adalah buku Rahsia Gerakan Freemasonry & Kelab Rotary, halaman 4). Mereka akan dinaikkan pangkat sedikit demi sedikit berdasarkan pada prestasi yang ditunjukkan serta sokongan yang kuat terhadap gerakan Zionisme Antarabangsa dan mengikut kejayaan mereka dalam menyebarkan syiar ini. Pada martabat ini terdapat tiga peringkat yang perlu dilalui sebelum pergi ke peringkat seterusnya iaitu:

Peringkat Pertama - Ahli biasa yang diberi gelaran Friend / Saudara
Peringkat Kedua - Pekerja
Peringkat Ketiga - Guru / Master

Setelah berjaya melepasi ketiga-tiga peringkat ini, mereka akan diberikan gelaran "Yang Terhormat". Peringkat ini lebih dikenali sebagai peringkat ke-18 atau "Salib Bunga Mawar". Pada peringkat ini mereka dikehendaki memakai lambang salib. Seterusnya mereka akan dinaikkan ke pangkat hingga ke peringkat ke-33 dengan gelaran "Yang Maha Agong/Majesty" sebelum mereka memasuki martabat seterusnya.

Matlamat martabat ini adalah:

1. Memperkenalkan pertubuhan yang dinaungi mereka ke seluruh dunia dengan berkecimpung di dalam arena politik, sosial dan ekonomi, seterusnya mengumpul maklumat tentang negara yang menjadi sarang operasi mereka.
2. Menarik perhatian orang-orang yang mempunyai kepentingan di dalam sesebuah negara atau pertubuhan untuk didedahkan dengan pergerakan ini.

Zurjy Zidan, seorang anggota Freemasonry yang dahulunya memegang tampuk pengurusan Darul Hilal Al-Misriyah berkata dalam bukunya "Tarikhul Masuniyah al-Am" (Sejarah Freemasonry Secara Umum):

"Freemasonry tidak pernah berhenti untuk memberi bantuan dalam bidang ilmu pengetahuan, misi kedamaian dan pembangunan moral. Secara global, Freemasonry adalah tunggak sosial. Titik perhatiannya pada kesempurnaan dan kemuliaan dari satu negara ke satu negara yang lain dan dari satu bangsa ke satu bangsa yang lain, Semua itu dilakukan dengan langkah yang mantap, cita-cita yang tinggi dengan melibatkan para pembesar dan pemimpin agama. Mereka akan melaksanakan rancangan politik dan tugas-tugas mereka sehinggalah Freemasonry tersebar ke serata dunia. Pertemuan-pertemuan akan dihadiri oleh berpuluh-puluh ribu pemimpin atasan dan anggotanya dianggarkan mencapai puluhan juta yang terdiri daripada RAJA-RAJA, AHLI FALSAFAH, PEMIMPIN AGAMA, CENDEKIAWAN dan PARA PEMIMPIN NEGARA!"

Terdapat lafaz Sumpah Taat Setia pengikut pada martabat ini. akan tetapi terlalu panjang untuk ditaipkan. Jika anda berminat, hanya PM aku. Aku akan send by email. Sumpah Taat Setia adalah lebih kurang kepada Sumpah yang asal. Tetapi terlalu panjang kerana ada banyak elemen-elemen ditekankan di dalam sumpah bagi pengikut martabat ini.

bersambung..

Topik Seterusnya - Martabat Freemasonry Juzuk Kedua

Thursday, March 25, 2010

5. LAFAZAN SUMPAH TAAT SETIA GERAKAN FREEMASONRY


Berikut adalah Sumpah Taat Setia Gerakan Freemasonry berdasarkan kitab "Ikhtirak al-Yahudi fi Mujtama'at al Islamiyat-Nasyatuhu wa Tatowwuruhu, halaman 139 berbunyi:

"Saya si fulan bin si fulan bersumpah dengan nama tuhan dan Taurat serta dengan penuh penghormatan saya, sesungguhnya saya telah menjadi salah seorang daripada anggota yang sembilan mengasaskan pergerakan ini (Secret Power). Saya berjanji tidak akan mengkhianati saudara seanggota dengan apa-apa bentuk kemudaratan berdasarkan ketetapan pergerakan. Saya berjanji untuk mengikuti segala ketetapan (peraturan) yang telah disepakati bersama dengan penuh ketaatan, amanah dan berusaha melakukan dengan sebaik-baiknya. Saya berjanji untuk berusaha menambahkan bilangan keanggotaan. Saya juga berjanji untuk memesongkan sesiapa sahaja yang mengikuti ajaran Al-Masih dan berusaha sedaya upaya saya untuk membunuh mereka yang menyebarkan ajaran ini. Saya berjanji tidak akan membocorkan mana-mana rahsia yang tersimpan antara kami seanggota kepada anasir luar mahupun daripada kalangan seanggota kami (yang berpaling tadah). Sekiranya saya telah didapati khianat dengan cara membocorkan rahsia pergerakan mahupun perkara-perkara yang harus diselindungi antara kami seanggota, maka saudara seanggota saya berhak untuk membunuh saya dengan apa cara sekalipun."

Maka, sebaik sahaja lafazan ini selesai, anggota-anggota ini menubuhkan markas pertama yang diberi nama 'Markas Jerusalem' bertempat di Istana Herod's Akriba/Father. Nama istana tersebut ialah 'De Haliza' yang merupakan markas operasi pergerakan ini. Maka bermulalah misi pertama seperti yang telah dijanjikan. Langkah pertama ialah menubuhkan pertubuhan-pertubuhan yang melambangkan kemanusiaan dengan pelbagai nama padahal bernaung di bawah tujuan yang satu.

Langkah seterusnya ialah melakukan perubahan Sumpah Taat Setia yang asal bagi mengaburi umat manusia untuk menarik lebih ramai anggota menyertai pergerakan sesat ini. Pertubuhan boleh dilihat cenderung kepada keamanan dan sosial.

Lafazan Sumpah Taat Setia yang telah diubah adalah seperti:

"Saya si fulan bin si fulan bersumpah dengan nama tuhan dan dengan sepenuh keimanan serta penghormatan saya, sesungguhnya saya bersatu bersama saudara seanggota untuk melakukan segala apa yang telah disepakati oleh kami semua. Sesungguhnya saya akan berjanji akan saling tolong menolong sesama mereka dan akan sehati sejiwa hingga ke akhir hayat."

Perbezaan antara kedua-dua lafazan hanyalah dari segi pembalasan orang yang mengkhianati perjanjian tersebut sahaja. Pada lafazan pertama, balasan bagi pengkhianat disebut dengan jelas dan pada lafazan kedua ianya tidak dinyatakan dengan jelas. Lafazan kedua dipendekkan agar isi kandung tidak dapat diketahui dengan jelas. Hanya mereka yang bertaraf anggota sahaja tahu apa isi-isinya.

Di antara pertubuhan-pertubuhan tersebut ialah ROTARY, LIONS, ST JOHN dan pertubuhan-pertubuhan kewanitaan (YOGA), persaudaraan, kesihatan dan kanak-kanak sedunia.

bersambung..

Topik seterusnya - Martabat Freemasonry

Tuesday, March 23, 2010

4. PENUBUHAN GERAKAN FREEMASONRY

Baik. Mengikut pengarang kitab "Tabdid Azzolam", pergerakan rahsia ini telah diasaskan pada tahun 43M. Tertubuhnya pergerakan ini adalah hasil cetusan idea sesat dari dua lelaki Yahudi bernama Aheram Abyob dan Muab Lavi yang merupakan penasihat kepada Raja Herod's Akiba/Father. Manakala pengarang kitab "Rahsia Gerakan Freemasonry & Kelab Rotary (tolong siasat Kelab Rotary ini)" pula mengatakan bahawa gerakan ini telah bermula sekitar tahun 37M. Tujuan asal dan awal penubuhan ini adalah untuk menyekat kemaraan pengaruh ajaran AL-MASIH (NABI ISA AS) dan untuk menjaga keselamatan bangsa Yahudi. (Persoalan, jadi apa kaitan dengan Islam? sabar..anda kena setia baca sehingga habis nanti)

Secara umummnya pergerakan ini ditubuh dan dirancang oleh Yahudi berdasarkan kitab Talmud untuk memusuhi semua agama secara umum terutamanya KATHOLIK!. Namun kemudiannya mereka mengalih perhatian kepada agama Islam sebagai musuh utama dengan menyebar-luaskan fahaman Komunisme dan Sekularisme selepas kejatuhan empayar Kristian pada zaman revolusi Eropah pada kurun ke 17 M.

Secara rasminya, penentangan terhadap Islam bermula pada 1717M apabila gerakan rahsia ini mengadakan seminarnya secara rasmi di London. Dalam seminar tersebut, seorang anggota Freemasonry yang bernama Anderson telah meletakkan agama Islam sebagai musuh utama!. Dia secara rasmi telah diperjawatkan sebagai Ketua Gereja Protestan tetapi hakikatnya dia adalah seorang Yahudi.

(isu di sini anda akan perasan bahawasanya Freemasonry ini telah pun berjaya memperdayakan agama Kristian. seorang Yahudi tidak akan beragama Kristian kerana agama Yahudi mengambil penuh isi-isi Talmud dan bukannya Bible. Jadi anda akan perasan malaon ini sudah pun mengkucar-kacirkan agama Kristian yang pada asalnya tidak mempunyai banyak pecahan. malaon ini bertanggungjawab mengubah isi kandungan Bible sesuai mengikut zaman. apa relevannya sebuah kitab yang diturunkan oleh Allah diubah-ubah oleh seorang manusia? nampak?)

Di awal penubuhannya, ia dianggotai oleh sembilan orang anggota yang telah bersumpah taat setia dengan nama tuhan dan Taurat untuk menjaga segala rahsia gerakan.

bersambung..

Topik seterusnya - Lafazan Taat Setia Gerakan Freemasonry

3. PENGERTIAN FREEMASONRY



Berdasarkan "Ensiklopedia Erti Dan Istilah Yahudi", perkataan Freemason diambil daripada perkataan Inggeris yang memberi maksud "Jurubina Bebas" (free and mason). Secara khususnya perkataan 'free' membawa maksud "bebas atau merdeka". Manakala perkataan 'mason' pula membawa erti "tukang batu atau tukang bangunan".

Pengertian ini telah disokong oleh Dr Yahya Mohd Rabi'e pengarang kepada kitab "Tayyarat Wa Mazahib Fikriyyah Mu'asoroh". Freemason di dalam bahasa Arab dipanggil Masuniyah, dalam bahasa Urdu dipanggil Masunik, dalam bahasa Perancis-france masonerie dan belanda-vrijmetselarij.

Secara umumnya, Freemason ini tiada kaitan langsung dengan tukang-tukang bangunan yang terdapat pada abad pertengahan. Gerakan ini juga tiada kaitan langsung dengan kegiatan pembinaan kapal atau gereja besar seperti yang difahami beberapa cerdik pandai. tersasar! Freemason membawa erti secara global yang didokong oleh Ideologi rahsia para Yahudi!

Justeru, Freemasonry adalah sebuah organisasi YAHUDI ANTARABANGSA yang bekerja untuk menghancurkan kesejahteraan manusia, merosakkan akidah politikal, ekonomi dan sosial di negara-negara yang dihasutinya. Ianya berusaha untuk merosakkan bangsa dan pemerintahan Non Yahudi iaitu Goyim (sila ingat kata nama ini). Untuk melihat logo-logo Gerakan ini, anda seharusnya rajin mencari. Sebagai contoh taipkan sahaja di Google Image dan anda pasti akan dapat melihat berbagai-bagai logo mengikut negara dan benua masing-masing. Yang pasti akan ada logo utama yang membentuk alat geometri, mata satu, G (Goyim) dan gambar muka iras seorang perempuan (lihat logo Starbucks) serta banyak lagi.

Kebiasaan logo-logo ini kelihatan pelik dan hanya mereka yang ahli sahaja mengetahui apa makna disebaliknya. Tapi yang pasti, logo-logo ini tidak lari dari matlamat logo asal iaitu Jurubina Bebas.

bersambung..

Topik seterusnya - Penubuhan Gerakan Freemasonry

2. APA ITU FREEMASONRY?

GERAKAN ini dipelopori oleh orang Yahudi yang ingin mengambil kembali tanah Palestin dan membina kembali HAIKAL SULAIMAN di bawah runtuhan Masjidil Aqsa, kemudian akan melebarkan sayap pemerintahannya ke Syria, Iraq, Jordan, Mesir dan terus menuju ke Madinah di Arab Saudi. Pergerakan ini dibentuk bagi mengembangkan fahaman Yahudi dengan bergiat cergas dalam bidang pendidikan, politik, budaya dan sosial.

Anda seharusnya peka kerana bermula dari saat tersebut telah wujud pelbagai pertubuhan-pertubuhan yang bertopengkan KEBAJIKAN serta KEAMANAN yang secara dalamnya adalah bagi mengaburi mata masyarakat terhadap pergerakan ini. Pergerakan ini juga amat cergas di dalam bidang ekonomi dengan cara monopoli dan menghalalkan riba' di kalangan manusia.

Di dalam bidang sosial pula, mereka yang kononnya memberi perhatian menyeluruh tentang kemanusiaan dan sentiasa menghulurkan bantuan kepada sesiapa yang memerlukan. Mereka juga akan memberikan penghargaan kepada individu yang cemerlang untuk menarik mereka terjebak di dalam Gerakan sesat ini. Sekaligus mereka yang telah terjebak akan akur dan tunduk sehabisnya kepada apa jua arahan mahupun berita yang disampaikan melalui ejen-ejen yang dilantik oleh Gerakan ini secara tauliah.

Maka, anda dinasihatkan berhati-hati dalam setiap jua langkah yang anda majukan. Kerana dikhuatiri langkah-langkah tersebut mampu memesongkan akidah anda sebagai seorang Muslim sejati.

bersambung..

*Topik seterusnya - Pengertian Freemasonry

1. PENGENALAN

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh

Salam Sejahtera Yang Bukan Muslim

Izinkan aku membuka bicara bagi mengkongsikan sedikit pengetahuan yang wajib anda semua tahu. Dengan melalui beberapa kaedah seperti pembacaan buku, pembacaan artikel dan enjin carian internet, maka aku akan kupaskan sedikit mengenai apa yang diertikan sebagai Freemasonry.

Aku akan cuba membentangkan secara artikel melalui ruangan topik untuk ditatap mahupun dibahas sekiranya terdapat beberapa percanggahan melalui ruang fikrah anda. Berdasarkan buku yang baru aku habis baca iaitu GERAKAN FREEMASONRY-Musuh dalam menghancurkan ISLAM ini sekurang-kurangnya memberikan aku satu semangat untuk menghebahkan mengenai aktiviti sesat ini yang semakin membusuk di kalangan umat ISLAM. Maka, adalah wajib bagi anda memerhatikan keadaan di sekeliling anda apakah wujud faktor-faktor ini? apakah kami dikalangan kumpulan ini? apakah kami merupakan agen tidak rasmi bagi kumpulan ini?

Mengapa anda perlu tahu? Ini adalah kerana apa yang berlaku kini adalah dipengaruhi oleh agenda pertubuhan Freemasonry yang telah mengkucar-kacirkan pentas dunia. Pertubuhan ini telah ditubuhkan seawal sebelum Perang Dunia Pertama lagi yang menyaksikan begitu banyak pertumpahan darah. Mutakhir, pelbagai laporan serta berita mengenai isu Palestin namun masyarakat dunia khususnya Islam tidak mampu berbuat apa-apa sekalipun. Bantahan demi bantahan dilaksanakan namun semuanya dipercayai tidak membawa sebarang kesan. Freemasonry telah bertapak di seluruh dunia.

Justeru itu, ini bukanlah sesuatu perkara yang remeh jika anda beranggapan sebegitu. Tidak sama sekali. Terdapat beberapa fatwa menghukumkan "kafir" bagi sesiapa yang terlibat secara langsung di dalam hal ehwal kumpulan ini. Jadi bagi memberi kesedaran yang menyeluruh, anda disarankan menyebarkan maklumat ini secara kecilan mahupun besaran. Semoga kami mendapat berkat dari Allah SWT..InsyAllah..

Sunday, March 21, 2010

MEMBACA DAN MENGKAJI UNTUK ELAK DITIPU

Tahukah anda?
Kita dipagari oleh agenda Zionis!

Tahukah anda?
Kita dibuai oleh berita-berita tipu Zionis!

Tahukah anda?
PBB itu parlimen bagi Zionis!




*saya kembali untuk menggegarkan Sistem Ad Dajjal al-Masih ini dari agenda penipuan Freemasonry yang telah bermula seawal sebelum Perang Dunia Pertama lagi.

Oleh itu, jika anda benar-benar muslim sejati, tolong ikuti! Saya akan bongkarkan satu persatu apa yang terjadi. Sila baca! dan sebarkan sebaik mungkin!