Baik. Mengikut pengarang kitab "Tabdid Azzolam", pergerakan rahsia ini telah diasaskan pada tahun 43M. Tertubuhnya pergerakan ini adalah hasil cetusan idea sesat dari dua lelaki Yahudi bernama Aheram Abyob dan Muab Lavi yang merupakan penasihat kepada Raja Herod's Akiba/Father. Manakala pengarang kitab "Rahsia Gerakan Freemasonry & Kelab Rotary (tolong siasat Kelab Rotary ini)" pula mengatakan bahawa gerakan ini telah bermula sekitar tahun 37M. Tujuan asal dan awal penubuhan ini adalah untuk menyekat kemaraan pengaruh ajaran AL-MASIH (NABI ISA AS) dan untuk menjaga keselamatan bangsa Yahudi. (Persoalan, jadi apa kaitan dengan Islam? sabar..anda kena setia baca sehingga habis nanti)
Secara umummnya pergerakan ini ditubuh dan dirancang oleh Yahudi berdasarkan kitab Talmud untuk memusuhi semua agama secara umum terutamanya KATHOLIK!. Namun kemudiannya mereka mengalih perhatian kepada agama Islam sebagai musuh utama dengan menyebar-luaskan fahaman Komunisme dan Sekularisme selepas kejatuhan empayar Kristian pada zaman revolusi Eropah pada kurun ke 17 M.
Secara rasminya, penentangan terhadap Islam bermula pada 1717M apabila gerakan rahsia ini mengadakan seminarnya secara rasmi di London. Dalam seminar tersebut, seorang anggota Freemasonry yang bernama Anderson telah meletakkan agama Islam sebagai musuh utama!. Dia secara rasmi telah diperjawatkan sebagai Ketua Gereja Protestan tetapi hakikatnya dia adalah seorang Yahudi.
(isu di sini anda akan perasan bahawasanya Freemasonry ini telah pun berjaya memperdayakan agama Kristian. seorang Yahudi tidak akan beragama Kristian kerana agama Yahudi mengambil penuh isi-isi Talmud dan bukannya Bible. Jadi anda akan perasan malaon ini sudah pun mengkucar-kacirkan agama Kristian yang pada asalnya tidak mempunyai banyak pecahan. malaon ini bertanggungjawab mengubah isi kandungan Bible sesuai mengikut zaman. apa relevannya sebuah kitab yang diturunkan oleh Allah diubah-ubah oleh seorang manusia? nampak?)
Di awal penubuhannya, ia dianggotai oleh sembilan orang anggota yang telah bersumpah taat setia dengan nama tuhan dan Taurat untuk menjaga segala rahsia gerakan.
bersambung..
Topik seterusnya - Lafazan Taat Setia Gerakan Freemasonry
No comments:
Post a Comment