Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh
Salam Sejahtera Yang Bukan Muslim
Izinkan aku membuka bicara bagi mengkongsikan sedikit pengetahuan yang wajib anda semua tahu. Dengan melalui beberapa kaedah seperti pembacaan buku, pembacaan artikel dan enjin carian internet, maka aku akan kupaskan sedikit mengenai apa yang diertikan sebagai Freemasonry.
Aku akan cuba membentangkan secara artikel melalui ruangan topik untuk ditatap mahupun dibahas sekiranya terdapat beberapa percanggahan melalui ruang fikrah anda. Berdasarkan buku yang baru aku habis baca iaitu GERAKAN FREEMASONRY-Musuh dalam menghancurkan ISLAM ini sekurang-kurangnya memberikan aku satu semangat untuk menghebahkan mengenai aktiviti sesat ini yang semakin membusuk di kalangan umat ISLAM. Maka, adalah wajib bagi anda memerhatikan keadaan di sekeliling anda apakah wujud faktor-faktor ini? apakah kami dikalangan kumpulan ini? apakah kami merupakan agen tidak rasmi bagi kumpulan ini?
Mengapa anda perlu tahu? Ini adalah kerana apa yang berlaku kini adalah dipengaruhi oleh agenda pertubuhan Freemasonry yang telah mengkucar-kacirkan pentas dunia. Pertubuhan ini telah ditubuhkan seawal sebelum Perang Dunia Pertama lagi yang menyaksikan begitu banyak pertumpahan darah. Mutakhir, pelbagai laporan serta berita mengenai isu Palestin namun masyarakat dunia khususnya Islam tidak mampu berbuat apa-apa sekalipun. Bantahan demi bantahan dilaksanakan namun semuanya dipercayai tidak membawa sebarang kesan. Freemasonry telah bertapak di seluruh dunia.
Justeru itu, ini bukanlah sesuatu perkara yang remeh jika anda beranggapan sebegitu. Tidak sama sekali. Terdapat beberapa fatwa menghukumkan "kafir" bagi sesiapa yang terlibat secara langsung di dalam hal ehwal kumpulan ini. Jadi bagi memberi kesedaran yang menyeluruh, anda disarankan menyebarkan maklumat ini secara kecilan mahupun besaran. Semoga kami mendapat berkat dari Allah SWT..InsyAllah..
No comments:
Post a Comment