Baiklah. Seterusnya kita pergi ke fakta seterusnya iaitu Martabat Freemasonry Juzuk Kedua. Ia lebih tertumpu kepada Royal/Kerajaan. Semua martabat ini dianggotai oleh bangsa Yahudi tulen. Mereka digelar sebagai anggota bersaudara (friend). Martabat ini tidak dibenarkan sama sekali dianggotai oleh bangsa lain selain daripada bangsa Yahudi kecuali dengan beberapa syarat tertentu iaitu:
1. Mencapai peringkat martabat Simbolik Umum yang ke-33 dengan gelaran "Guru Yang Maha Agong".
2. Tidak berpegang dengan mana-mana agama (Atheist) dan negara serta menjadikan Freemasonry sebagai sebuah pertubuhan terulung.
Anggota bukan Yahudi yang diterima untuk menganggotai martabat ini hanya digelar sebagai 'Rakan Sejawat' sahaja dan tidak lebih daripada itu. Manakala keanggotaan pada martabat ini terdiri daripada RAJA-RAJA, PRESIDEN, PERDANA MENTERI dan KETUA PARTI (sila beri perhatian pada golongan ini) dari beberapa buah negara dunia. Anggota dan pemimpin pada martabat ini tidak diketahui oleh sesiapa pun melainkan anggotanya sahaja.
Martabat ini menjadikan aliran Yahudi sebagai asas dalam pegangan dan sosio-budaya. Mereka melakukan kerja mengikut telunjuk Yahudi yang mengatur pemikiran serta pergerakan. Orang-orang bukan Yahudi yakni Goyim akan berada dalam martabat ini untuk menunjukkan ciri-ciri orang Yahudi seratus peratus. Mereka ini akan dilibatkan dengan pergerakan yang begitu sistematik dan mempunyai strategi yang mantap dalam rangka menyatukan kembali seluruh bangsa Yahudi di dunia dan mengembalikan Jerusalem, seterusnya membina HAIKAL SULAIMAN di sana. Martabat ini didedahkan dengan beberapa rahsia pergerakan Freemasonry yang disembunyikan daripada pengetahuan martabat Simbolik Umum. Berikut adalah Lafaz Taat Setia bagi martabat Royal/Kerajaan:
(mohon anda tidak baca secara lisan atau tidak berniat dengan apa cara sekalipun agar tidak dikira terpesong. ini hanya untuk pengetahuan. Saya pohon keampunan kepada Allah SWT)
"Saya bersumpah dengan nama tuhan yang hak lagi maha tinggi bahawasanya pertubuhan ini ditubuhkan berdasarkan matlamat yang betul dan saya menerimanya dengan penuh keikhlasan. Saya bersumpah dan berjanji bahawasanya saya akan sentiasa menjaga dan menyimpan mana-mana rahsia dalam martabat ini yang dikenali sebagai "Martabat Suci Kerajaan Jerusalem" daripada terdedah kepada sesiapa pun di atas muka bumi ini kecuali kepada teman seperjuangan dalam pertubuhan ini. Itupun setelah mereka mendapat ujian kesetiaan yang begitu ketat. Saya juga berjanji dengan sepenuh jiwa raga bahawa saya tidak akan bercakap mengenai nama gerakan rahsia ini yang saya lafazkan pada hari ini kecuali apabila disaksikan oleh dua orang teman daripada martabat ini atau wujudnya markas baru yang seumpamanya ini yang perlu diperkenalkan identiti ahlinya. Saya juga bersumpah bahawa selagi nyawa dikandung badan, selagi itulah saya akan menjaga kata-kata ini daripada dicabuli. Sekiranya saya tidak berbuat demikian, maka pancunglah kepala saya sebagai balasan."
Martabat ini mempunyai beberapa peringkat yang perlu dilalui oleh anggotanya. Peringkat paling rendah dikenali sebagai 'Rakan Sejawat'. Peringkat ini dianggotai oleh sesiapa sahaja yang telah menduduki tangga ke-33 di dalam martabat Simbolik Umum yang digelar sebagai "Guru Yang Maha Agong". Kebanyakan orang yang bukan berbangsa Yahudi (NON YAHUDI) yang telah menganggotai martabat ini hanya layak berada di peringkat ini (Rakan Sejawat) sahaja buat selama-lamanya. Mereka tidak akan mendapat jawatan seterusnya, berbeza dengan bangsa Yahudi.
Manakala peringkat yang paling tinggi dalam martabat ini dikenali sebagai 'Teman Sejawat Agong' atau 'Teman Raja-Raja Kota Suci Jerusalem'. Mereka telah sampai ke peringkat ini layak untuk menganggotai martabat Alam Semesta iaitu martabat terakhir dalam Freemasonry. Martabat kedua ini mempunyai beberapa kelab perkumpulan yang diketuai oleh Teman Sejawat Agong. Ahli di kalangan perkumpulan ini tidak dikenali oleh orang lain melainkan setelah diperkenalkan oleh pemimpin mereka (Teman Sejawat Agong).
*di sini anda perlu meneliti siapakah PRESIDEN, siapakah PERDANA MENTERI, siapakah KETUA PARTI yang dikatakan menganggotai Gerakan Freemasonry ini. Ini kerana, jatuhnya Kerajaan Uthmaniyah adalah berpunca daripada seorang ahli Freemasonry yang telah dilatih dari kecil iaitu Mustafa Kamal Attartuk (ini akan dikupas kemudian). Lalu adalah wajib bagi meneliti golongan-golongan ini datangnya dari mana kerana mereka ini adalah bakal menjadi pengkhianat agama, bangsa dan negara.
bersambung...
Topik Seterusnya - Martabat Freemasonry Juzuk Ketiga
No comments:
Post a Comment