Tuesday, April 6, 2010

11. PRINSIP FREEMASONRY

1. KERAHSIAAN

Kerahsiaan merupakan asas terpenting dalam pergerakan ini. Para anggota wajib menjaga dengan apa cara sekalipun daripada tersebar sama ada di dalam bentuk tulisan, pergerakan dan symbol tertentu.

2. ANGGOTA WAJIB MEMBERI TAAT SETIA 100% KEPADA YAHUDI DAN DIKEHENDAKI MEMUTUSKAN HUBUNGANNYA DENGAN AGAMA DAN NEGARA

Dalam kitab “Al-Yahudiyah” dan kitab “Al-Yahudiyah fi Aswabiha al Mu’asoroh” terdapat bukti berkaitan dengan prinsip yang kedua ini yang menyatakan bahawa anggota Freemasonry dilarang sama sekali untuk terikat dengan mana-mana negara dan agama. Mereka meletakkan perjuangan Gerakan Freemasonry sebagai hadaf (matlamat) utama yang begitu suci mengatasi segalanya.

3. MEMULIAKAN KETURUNAN YAHUDI SAHAJA

Di dalam protokol ke-11 disebutkan bahawa “Bangsa Yahudi menyifatkan diri mereka sebagai serigala (masih ingat industri perfileman Fox? Kita akui sememangnya panggung wayang adalah tempat propaganda Gerakan Freemasonry melekakan umat Islam dari kembali kepada agama. Mereka menyasarkan agar umat Islam berasa ketagih dan menjadikan panggung wayang sebagai sebuah masjid bagi menghimpunkan umat Islam dan menyajikan dengan hiburan. Sedar atau tidak?) dan bangsa lain sebagai bangsa kambing. Bagi mereka, Yahudi merupakan bangsa yang terpilih dan mereka bertebaran di atas muka bumi ini sebagai satu rahmat. Berada di perantauan atau di negara asing, sebenarnya mencerminkan kekuatan yang dapat membawa sesuatu bangsa ke pintu kekuasaan di seluruh dunia walaupun pada pandangan orang yang berpandangan pendek perkara tersebut menampakkan kelemahan.”

Di dalam protokol lain pula ada dinyatakan: “Sesungguhnya kita adalah pilihan Allah yang ditugaskan untuk memimpin dunia ini dan Allah telah menganugerahkan kepada kita kebijaksanaan yang luar biasa supaya kita mampu melaksanakan amanah itu.”

Di dalam safar Pengulungan muka surat 7 ayat ke-16 pula menyatakan: “Sesungguhnya kamu adalah bangsa yang suci bagi tuhan kamu dan kamu dipilih oleh tuhan untuk menjadi umat yang khusus di kalangan semua bangsa di dunia.”

4. MENYEBARKAN SEMUA KEMUNGKARAN DAN MENGAGUNGKAN HUBUNGAN SEKS

Di dalam protokol Freemasonry ayat ke-9 dan 13 yang disusun oleh Zionisme Brazil berbunyi:

“Moral generasi muda Goyim waktu ini sudah kita hancurkan dengan memperkenalkan prinsip-prinsip dan teori-teori palsu yang sudah sama-sama kita ketahui bahawa prinsip dan teori itu adalah rosak, lalu kini kita sematkan ke dalam benak akal mereka.” (ayat ke-9)

“Untuk mencegah mereka (orang-orang Goyim) daripada menemui langkah baru dalam politik, kita mesti membawa mereka ke kancah hiburan seperti JUDI, PESTA HIBURAN, PESTA SEKS dan mengadakan RUMAH-RUMAH URUT. Di samping itu, kita memuatkan iklan-iklan dalam surat khabar bertujuan mempengaruhi para remaja untuk menggiatkan diri mereka dalam ARENA SENI, OLAHRAGA dan sebagainya. Pelbagai jenis hiburan ini lama-kelamaan dapat mengalih perhatian manusia daripada bangkit menentang kita sebagaimana yang berlaku sebelum ini sehingga mengganggu gugat ketenteraman kita dan sebahagian manusia yang lain.” (ayat ke-13)

Berkata seorang pemimpin tertinggi Freemasonry; “Kita hendaklah menguasai golongan wanita. Apabila kita Berjaya menguasai mereka, maka kita sogokkan mereka dengan perkara-perkara haram. Kita juga hendaklah memisahkan PASUKAN TENTERA mereka dari agama.”

Berkata lagi salah seorang pemimpin tertinggi Imperialis; “Arak dan nyanyian merupakan dua unsur yang mampu menghancurkan umat Muhammad dengan berkesan berbanding 1000 laras meriam, maka untuk itu tenggelamkanlah mereka ke dalam kancah maksiat dan materialistic.”

Karl Marx, pengasas kepada sosialisme pernah ditanya tentang pengganti kepada akidah ketuhanan, beliau menjawab;

“Penggantinya ialah teater (panggung drama dan filem), maka palingkan mereka yang sibuk dengan amalan kerohanian ke arah pementasan teater.”

Berkata Abdullah Nasih ‘Ulwan;

“Maka daripada kata-kata ini jelaslah bahawa sesungguhnya Yahudi, Freemasonry, Sosialis, Solibiah, Kristianisasi dan Imperialis sentiasa berbincang, bersepakat dan bekerjasama untuk merosakkan masyarakat Islam dengan cara menghidangkan arak, seks, teater, majalah, suratkhabar, rancangan tv, radio, memasarkan buku-buku serta menerbitkan filem-filem dan drama-drama. Sesungguhnya mereka telah mencapai matlamat mereka yang buruk lagi jahat.”

5. MEMUSUHI SEMUA AGAMA SEHINGGA DAPAT MENGUASAINYA

Seorang pemuda Freemasonry berkata; “Kita hanya mempunyai satu tujuan iaitu menghancirkan sendi-sendi agama Katholik. Kita orang-orang Freemasonry tidak boleh menghentikan usaha ini selagi masih ada penganut agama Kristian Katholik walaupun seorang yang masih hidup. Peperangan antara kita dan mereka adalah peperangan darah yang hanya dapat diselesaikan apabila kita mati ataupun mereka yang mati.”

Seorang pemimpin Freemasonry muslim yang telah bertaubat bernama Yusuf Al-Hajj berkata;

“Bangsa-bangsa yang menjalin hubungan kerjasama dengan anggota-anggota Freemasonry umpama tuan rumah yang bekerjasama dengan pencuri. Sikap seperti ini juga seumpama seorang pejuang yang berdamai dengan musuh bersenjatakan tombak bermata dua yang akan digunakan untuk menusuk jantung atau hatinya tanpa disedari. Begitulah juga halnya apabila hubungan baik cuba dijalinkan dengan negara Israel. Peringatan ini khusus buat umat Islam.”

Proudon, salah seorang tokoh Freemasonry pernah berkata;

“Freemasonry adalah suatu penyangkalan terhadap kepentingan agama. Apabila ada seorang Freemason yang berkata tentang kewujudan Allah, maka yang dimaksudkan itu adalah alam dan kekuatan material atau mereka menganggap Allah dan manusia sebagai satu benda.”

6. PARA ANGGOTA SALING TOLONG MENOLONG ANTARA SATU SAMA LAIN

Di dalam buku Anzimatul Masuniyah (Peraturan-peraturan Freemasonry) ada menyebutkan bahawa setiap ahli baru yang menganggotai petubuhan ini perlu mengingati lafaz yang diajarkan kepada mereka iaitu:

“Aku mesti bekerja dengan rajin dan tekun demi kepentingan keluarga Freemasonry. Aku mesti mencintai saudaraku anggota Freemasonry dalam keadaan mana sekalipun. Aku harus menjaga ketetapan dan rahsia gerakan yang menjadi dasar Freemasonry.”

7. MENGADAKAN PROPAGANDA DAN REVOLUSI

Arthur Edward, di dalam bukunya “Ensiklopedia Freemasonry” ada menyatakan pendapat tentang peranan anggota-anggota Freemasonry Perancis;

“Mereka telah menyusun strategi yang bertujuan untuk menggulingkan kerajaan Perancis dan juga menghancurkan kepercayaan Katholik.”

(Jadi rumusan di sini bolehlah dikatakan pada mulanya Freemasonry ini pada asalnya menentang umat Katholik. Sila lihat prinsip Katholik sebenar atau umat Kristian sebenar. Katakan mereka benar-benar mengikuti Injil yang asal maka bolehlah ditakrifkan mereka ini Ahli Kitab. Mereka membenarkan Kerasulan Muhammad SAW. Akan tetapi, sejarah telah membuktikan Yahudi laknat ini telah mengkucar-kacirkan Kristian lalu mereka jugalah mengubah isi kandungan Injil yang asal. Saya ada bukti ini di dalam sebuah buku lagi mengatakan Bible akan diubah mengikut kesesuaian zaman. Apakah relevannya kitab-kitab ini perlu diubah dek tangan manusia? Seterusnya, setelah Freemason berjaya menundukkan Kristian, maka Islam dilihat satu lagi empayar yang berbahaya kepada mereka tambahan umat Yahudi ini sememangnya tidak mengakui Kerasulan Nabi Muhammad SAW hanya kerana Nabi Muhammad itu datangnya dari puak Arab. Kebanyakan nabi-nabi sebelumnya berasal dari puak Yahudi. Anda seharusnya tahu akan perkara ini. Jadi mereka melancarkan agenda seterusnya dalam menjatuhkan sistem khalifah sebagai contoh system khalifah Islam terakhir yang jatuh adalah Kerajaan Uthmaniyah yang mana berpunca daripada agenda Freemasonry. Tolong sertai lagi untuk artikel seterusnya.)
bersambung…

Topik seterusnya – MATLAMAT FREEMASONRY

No comments:

Post a Comment