Sunday, April 11, 2010

18. SAMBUNGAN CABANG GERAKAN FREEMASONRY

KEEMPAT: ILLUMANITY (PERTUBUHAN CAHAYA)

PEMBENTUKAN DAN SEJARAH PERGERAKAN ILLUMANITY

Pertubuhan ini telah ditubuhkan oleh Adam Weishaupt (K.O pada tahun 1830) pada tahun 1776. Malaon ini merupakan salah seorang anggota Freemasonry yang telah murtad daripada agama Kristian lalu menubuhkan pertubuhan ini. Sebelum itu, pada tahun 1770 beliau telah didatangi oleh tokoh-tokoh Yahudi Jerman untuk menarik beliau ke dalam sarang Freemasonry. Beliau yang juga sebagai professor Theology di Universiti Angold Stadt, Jerman telah menganut fahaman Atheisme (golongan tak beragama).

Baik. Perkataan Illumanity dinisbahkan kepada salah satu daripada kumpulan (mazhab) Yahudi iaitu kumpulan Illumanity yang dianggotai oleh golongan bijaksana (Hukama’) Yahudi. Manakala di dalam bahasa Arab pula Illumanity bermaksud al-Nuraniyin. Mereka menamakan Illumanity sempena nama IBLIS yang merupakan pemerintah tunggal ala mini.

Pusat pentadbirannya ialah di Segitiga Bermuda yang menjadi tempat tinggal Dajjal Laknatullah (ini ade dibahaskan di dalam satu lagi buku yang membincangkan tempat tinggal sebenar Ad-Dajjal yang bertajuk - Dajjal Sudah Muncul dari Khurasan). Lambang pertubuhan ini ialah apa yang terdapat pada note Dollar Amerika Syarikat yang bernilai USD 1. Lambang yang ada pada duit Amerika Syarikat tersebut menunjukkan bahawa Amerika Syarikat telah dikuasai oleh bangsa Yahudi dari dahulu lagi. Sebenarnya, pereka note duit Amerika Syarikat dilakukan oleh seorang anggota Freemasonry dari pergerakan Illumanity yang bernama Pat Robertson. (Rujuk buku Halak Wa Dinar Amerika Syarikat Muntazor, halaman 37 dan 38.

Tafsiran kepada lambang yang terdapat pada USD 1:

1. Tarikh yang terdapat pada tapak pyramid tersebut menunjukkan tarikh penubuhan Pertubuhan Illumanity secara rasmi oleh Adam Weishaupt.

2. Piramid tersebut menunjukkan pyramid yang terdapat di Segitiga Bermuda yang menjadi tempat tinggal Dajjal dan pusat pemerintahan Iblis.

3. Air yang mengelilingi pyramid tersebut ialah air laut yang terdapat di sekitar Segitiga Bermuda.

4. Sebiji mata yang terdapat pada puncak pyramid tersebut menunjukkan mata Dajjal yang sedang memerhatikan seluruh dunia alam ini.

5. Manakala cogankata yang terdapat pada bulatan itu melambangkan syiar yang dipegang oleh pertubuhan Illumanity dan sebagai tanda kewujudan Dajjal.

6. Pertubuhan ini mendapat sokongan daripada gedung kewangan yang dikuasai oleh Yahudi bernama Rothschild. (Salah silah Sejarah Keluarga Rothschild ini akan saya tuliskan kemudian).

Perkataan Illumanity pula diambil daripada perkataan ‘Lucifer’ (Iblis) yang bererti ‘Pemegang Cahaya’. Beliau membuat helah bahawa dunia ini patut diperintah oleh orang yang benar-benar berwibawa sahaja. Maka beliau telah berjaya memujuk lebih kurang 2000 orang untuk menjadi pelaksana kepada agenda yang telah dirancang olehnya dengan disokong oleh anggota Freemasonry peringkat tinggi. Pengikut-pengikut ini yang memang berkemahiran dalam semua aspek kehidupan telah membina markas-markas sulit di seluruh dunia yang diberi nama ‘Lodges of The Grand Orient’ untuk melaksanakan perancangan pihak tertinggi (Freemasonry/Zionisme).

Menurut perancangan tersebut, agentur-agentur Illumanity perlu melaksanakan perkara berikut:

1. Menggunakan rasuah-rasuah berupa wang dan seks untuk menguasai orang-orang yang telah menduduki tempat-tempat tinggi dalam pelbagai jawatan kerajaan di seluruh dunia dan lain-lain bidang usaha manusia. Setelah mereka masuk ke dalam perangkap ini, maka tundukkan mereka dengan pelbagai ‘Black Mail’ (ugutan membocorkan rahsia keaiban) dan ugutan kewangan ataupun untuk mencederakan tubuh badannya serta orang kesayangannya.

2. Anggota-anggota Illumanity hendaklah menduduki kerusi-kerusi penting di university-universiti dan memujuk pelajar-pelajar yang cemerlang untuk memahami Ideologi Internationalisme (Pemerintahan Tunggal). Mereka akan dibekalkan dengan biasiswa untuk menerima latihan di luar negeri. Antara markas latihan yang dikenalpasti ialah di Gordonstoun (Scotland), Salem (Germany) dan Anavryta (Greece).

3. Orang-orang yang telah terperangkap dan pelajar-pelajar yang telah menerima latihan hendaklah diletakkan di tempat-tempat yang strategic sebagai agenda dalaman di jabatan-jabatan kerajaan. Mereka ini dijadikan sebagai pakar, penasihat dan juga sebagai perunding agar mereka dapat menasihati orang atasan untuk mengikuti polisi-polisi yang telah ditetapkan.

4. Illumanity hendaklah menguasai suratkhabar dan media massa yang lain. Berita dan maklumat perlulah DIPUTAR-BELITKAN supaya Goyim mempercayai bahawa pemerintahan tunggal sahaja yang dapat menyelesaikan segala masalah yang timbul.

Pada penghujung abad ke-18, kerajaan British dan Perancis merupakan dua kerajaan yang terkuat di dunia. Maka Weishaupt telah mengarahkan para agentur Illumanity supaya menimbulkan fitnah diantara kedua-dua kerajaan tersebut dengan harapan tercetusnya ‘Colonial War’ (masih ingat sejarah ini?) sekaligus melemahkan empayar British. Hasil dari itu akan tercetusnya revolusi besar bagi melemahkan empayar Perancis yang dijangka akan berlaku pada tahun 1789.

Rancangan sulit ini telah dirangka oleh Zionis berbangsa Jerman yang bernama Zwack. Kemudian rancangan ini telah disemak semula oleh Weishaupt dan dibukukan dengan nama ‘Einige Original-Scripten’.

Pada tahun 1784, buku ini telah dibekalkan kepada semua agentur yang bertugas untuk membangkitkan Revolusi Perancis. Belum sempat buku ini diedarkan kepada para agentur, pembawa buku ini telah mati dipanah petir di atas kudanya semasa melalui Bandar Ratisbon di dalam perjalanan dari Bandar Frankfurt ke Kota Paris. Pihak polis menjumpai buku rahsia tersebut dan menyerahkannya kepada pihak berkuasa ketika itu. Maka pemerintah di situ yang berada di bawah kuasa kerajaan Bavaria telah mengarahkan pihak polis untuk menyiasat dan menggeledah semua tempat yang menjadi markas Illumanity dan menangkap semua yang terlibat dengan projek rahsia yang termaktub di dalam buku tersebut.

Pada tahun berikutnya iaitu pada tahun 1985, kerajaan Bavaria telah mengharamkan Illumanity dan menutup semua sarang-sarang sulit ‘The Lodges of The Orient’. Manakala pada 1786, kerajaan Bavaria telah menerbitkan keterangan-keterangan tentang komplot sulit pertubuhan ini yang diberi nama ‘The Original Writings of The Order and Sect of The Illumanity’. Keterangan-keterangan tersebut telah diedarkan ke semua gereja dan raja-raja Eropah. Namun apa yang dilakukan oleh kerajaan Bavaria tidak menjejaskan pergerakan Illumanity kerana kuasa mereka adalah jauh lebih kuat. Maka keterangan yang dikeluarkan oleh kerajaan Bavaria itu tidak dihiraukan langsung oleh semua pihak.

Akhirnya, Weishaupt telah mengarahkan semua agentur Illumanity untuk bergabung di bawah ‘Blue Masonnary’ (diantara cabang pertubuhan Freemasonry) untuk mewujudkan sebuah kongsi gelap. Hanya anggota Freemasonry yang benar-benar berpegang dengan ‘Ideology Internationalisme’ sahaja diterima menganggotai kumpulan kongsi gelap ini. Secara automatic agentur Illumanity dapat bergerak bebas di dalam mana-mana pertubuhan kebajikan yang dinaungi oleh Freemasonry.

Setelah amaran yang dikeluarkan oleh pihak kerajaan Bavaria tidak diambil peduli, maka tercetuslah revolusi yang besar iaitu Revolusi Perancis pada tahun 1789. Setelah revolusi ini berlaku sekali lagi, kerajaan Bavaria mengambil langkah drastic untuk membendung pengaruh pertubuhan ini dengan mengeluarkan sebuah buku yang berjudul ‘Bukti Wujudnya Sebuah Komplot Untuk Menghancurkan Semua Kerajaan dan Agama’ pada tahun 1798. Malangnya segala amaran yang dikeluarkan ini juga menerima nasib yang sama seperti amaran yang pernah dikeluarkan oleh Kerajaan Bavaria sebelum berlakunya Revolusi Perancis.

Untuk memastikan perancangan sulit ini terus berjalan dengan lancar, Weishaupt telah melatih seorang agentur yang bernama Jefferson untuk beroperasi di Britain. Jefferson telah menyeludup anggota-anggota Illumanity ke dalam sarang-sarang sulit Freemasonry yang baru sahaja ditubuhkan bagi cawangan Scotland di New England..

bersambung…

Topik seterusnya – SAMBUNGAN ILLUMANITY

No comments:

Post a Comment