Sunday, April 11, 2010

15. CABANG GERAKAN FREEMASONRY

PERTAMA: BAHAIYAH

SEJARAH PERGERAKAN BAHAIYAH ATAU BABIYAH

Pergerakan ini timbul di Negara Iran pada abad ke-19M iaitu pada tahun 1844. Ia diasaskan oleh orang Yahudi yang menyamar sebagai orang Islam mengunakan nama Mirza Muhammad Ali Syirazi yang telah meninggal dunia pada tahun 1853 (cuba cari di Google siapa malaon ini). Pergerakan ini timbul di kalangan Syiah Imamiyah di sebuah kawasan yang bernama Syirazi di dalam wilayah Iran sekarang ini.

Mirza Ali telah mendakwa dirinya ‘Albab’ yang membawa maksud pintu. Beliau mendakwa dirinya menjadi pintu bagi kaum Syiah atau seluruh umat Islam yang akan mentadbir bersama imam yang akan ditunggu-tunggu kedatangannya pada akhir zaman. Perkataan ‘Albab’ itu sendiri diambil daripada sabda Nabi Muhammad SAW yang bermaksud:

“Aku kota ilmu dan Ali adalah pintunya”.

Menurut fahaman Syiah, Saidina Ali merupakan pintu yang dimaksudkan itu tetapi Mirza Ali telah mendakwa dirinya seperti yang dimaksudkan hadis tersebut dan menamakan ajarannya sebagai ‘Babiyah’ atau ‘Bahaiyah’. Setelah diasaskan, pergerakan ini dianggotai oleh 15 orang Yahudi di Tehran, 100 orang di Hamdan, 50 orang Yahudi di Kausan dan 15 orang Yahudi di Kalbakian.

Pada awal penubuhannya, pergerakan ini telah mendapat sambutan yang menggalakkan kerana pada awalnya, pergerakan dizahirkan sebagai suka kepada amalan Islam yang tulen. Namun selepas itu pergerakan ini telah menyeleweng daripada kehendak Islam dengan mengajak umat manusia untuk keluar daripada semua anutan keagamaan dan membentuk kesatuan agama yang dirumus oleh Mirza Muhammad Ali Syirazi. Beliau bercita-cita membentuk sebuah kerajaan antarabangsa yang mempunyai kesatuan dari segi agama, bahasa dan negara.

Beliau menyeru umat manusia supaya menghancurkan semua tempat ibadat yang ada dan melakukan ibadat Haji di sebuah gunung yang bernama Karmal Ba’ka yang merupakan tanah perkuburan orang-orang Bahaiyah. Lebih daripada itu, orang-orang Bahaiyah menyokong penuh pembentukan tanah air nasional Yahudi di Palestin dan penubuhan negara Israel. Mirza Ali Muhammad telah mengeluarkan fatwa bahawa ketiga-tiga agama iaitu Yahudi, Kristian dan Islam adalah benar dan semuanya datang dari Allah.

Beliau juga menyeru supaya disatukan ketiga-tiga agama ini agar membentuk satu agama yang diberi nama ‘Dinullah’ atau ‘Agama Internasional’. Kemudian, beliau mendakwa dirinya sebagai ‘Al-Mahdi’ dan ‘Khalifah’ daripada Nabi Musa, Isa dan Muhammad SAW. Berikutan dakwaan itu, beliau dijatuhkan hukuman mati oleh pemerintah Iran pada ketika itu yang bernama Syah Tibriz. Selepas kematiannya, semua penganut ajaran ini lari menyelamatkan diri ke merata tempat terutamanya Turki dan Palestin.

Tidak lama selepas itu, pergerakan ini telah timbul kembali di wilayah Palestin yang dipimpin oleh Mirza Husin Ali Bahaillah. Malaon ini lahir pada 1817 dan meninggal dunia pada tahun 1892. Beliau telah mendakwa dirinya sebagai wakil (Khalifah) daripada Mirza Ali Muhammad untuk meneruskan ajaran Babiyah. Beliau kemudian menukar Babiyah kepada Bahaiyah mengambil sempena namanya iaitu Bahaillah.

Selepas kematiannya pada tahun 1892, anaknya yang bernama Abdul Baha’ telah mengembangkan ajaran ini ke seluruh dunia terutama di Eropah dan Amerika Syarikat. Pergerakan ini tidak begitu masyhur di negara Islam tetapi amat aktif di Barat dengan menerbitkan pelbagai jenis risalah dan buku berkenaan fahaman mereka. Pusat pentadbiran Bahaiyah sekarang terletak di Haifa, kawasan penjajahan Israel. Manakala cawangannya terletak di Chicago, Amerika Syarikat yang merupakan pusat pentadbiran Zionis Antarabangsa. Sebagaimana yang kita maklumi bahawa Chicago juga merupakan pusat pentadbiran bagi Gerakan Freemasonry.

AJARAN BABIYAH ATAU BAHAIYAH

1. Penyatuan Agama (International Religion)

Mirza Ali Muhammad merumuskan bahawa ketiga-tiga agama iaitu agama Islam, Yahudi dan Kristian adalah agama yang datang dari tuhan. Beliau mengajak semua penganut agama ini untuk membubarkan agama mereka dan membentuk agama yang satu yang dipanggil Dinullah atau Agama Internasional. Rumusan beliau ini ialah bertujuan mengelakkan permusuhan yang selalu berlaku di antara ketiga-tiga agama ini. Beliau mendakwa, dengan adanya agama yang satu perbalahan antara agama tidak akan berlaku kerana mereka saling beribadat kepada tuhan yang Maha Esa. Sekiranya kita mengkaji fahaman ini dengan lebih mendalam, kita akan dapati kesannya boleh mengakibatkan manusia meninggalkan semua agama mereka seterusnya membawa mereka kepada ‘Ilhadiyah’ sebagaimana matlamat yang dikehendaki oleh Freemasonry.

Ajaran beliau ini terang-terangan menyalahi apa yang terdapat di dalam Al-Quran. Di dalam Al-Quran, kedua-dua agama ini sesat dan agama yang benar adalah satu iaitu agama Islam. Al-Quran menyeru supaya manusia menganut agama Islam kerana ia agama akhir zaman dan agama yang diredhai oleh Allah SWT. Jika penganut agama lain tidak mahu menganut agama Islam, terpulanglah kepada mereka kerana di dalam Islam tiada paksaan kepada mereka untuk memasuki agama Islam. Pun begitu, kita disarankan BERDAKWAH dengan cara menyebut ayat-ayat Allah yang terkandung di dalam Al-Quran kepada mereka.

2. Fahaman ‘Serba Tuhan’ (Wehdatul Wujud)

Mengikut majalah Nurul Islam terbitan Al-Azhar, Bahaiyah merupakan ajaran yang mempercayai serba tuhan. Majalah tersebut membawa contoh daripada petikan sebuah buku Bahaiyah yang berjudul Al-Bayan yang berbunyi:

“Yang sebenarnya wahai makhlukku, bahawasanya engkau adalah aku”

Jelas menunjukkan bahawa pengikut ajaran Bahaiyah ini menganut fahaman ‘Wehdatul Wujud’ iaitu penyatuan antara makhluk dan tuhan. Fahaman ini adalah sesat dan merupakan syirik kepada Allah yang Maha Esa. Makhluk dan tuhan tidak boleh bersatu kerana tuhan pencipta makhluk yang ada.

3. Rasul Manifestasi (Jelmaan) Daripada Tuhan

Kaum Bahaiyah beri’tiqad bahawa Rasul itu merupakan jelmaan daripada tuhan

(terdapat satu lagi malaon bernama Beghawan Shri Satya Sai Baba di India mengatakan dirinya adalah jelmaan tuhan. Malaon ini juga dikatakan antara golongan Dajjal dan hampir dikatakan Dajjal utama namun sifat-sifatnya masih tidak mencukupi iaitu mempunyai mata satu (buta sebelah) dan tertulis perkataan Kaf Fa Ra-Kafir. Sila cari buku Dajjal ‘Sudah’ Muncul Dari Khurasan. Khurasan ini bermakna Timur).

Manakala Mirza Ali Muhammad dan Khalifa Mirza Ali Husin merupakan jelmaan tuhan yang lebih sempurna daripada Nabi Musa, Isa dan Muhammad SAW. Mereka beri’tiqad bahawa Mirza Ali Muhammad dan tuhan itu adalah satu.

Di dalam makalah Bahaiyah ada dinyatakan perkara tersebut dengan katanya:

“Sekarang kami sampaikan kepada saudara berita yag amat baik. Bergembiralah bahawa tuhan telah mengirimkan kepada kita matahari kebenaran. Dia telah mewujudkan dirinya dalam seorang yang besar untuk menyelamatkan kita daripada semua kesengsaraan dan dukacita. Kewujudan tuhan zaman ini bernama Bahaillah yang bererti kemuliaan atau cahaya tuhan.”

Jelas kepada kita bahawa kaum Bahaiyah itu beri’tiqad bahawa tuhan boleh menjelma ke dalam tubuh manusia sebagaimana tuhan menjelmakan dirinya ke dalam jasad Bahaillah (merujuk kepada Mirza Husin Ali Bahaillah). Ajaran ini sama dengan apa yang terdapat di dalam ajaran Kristian iaitu penjelmaan tuhan ke dalam anaknya dan Ruhul Qudus. Jelas, fahaman Bahaiyah merupakan fahaman yang dicedok daripada initipati aqidah di sekitarnya supaya membentuk satu agama baru sebagaimana yang diimpikan oleh pengasasnya Mirza Ali Muhammad. Fahaman sesat ini sememangnya bersalahan dengan apa yang dianuti oleh Ahli Sunnah Wal Jamaah.

4. Jihad Itu Haram

Kaum Bahaiyah menolak jihad dengan senjata sama ada jihad itu untuk mempertahankan diri atau agama. Mereka hanya beri’tiqad bahawa jihad itu hanyalah lisan sahaja. Bahkan ade pemimpin Bahaiyah yang menasakhkan (menghapuskan) ayat Jihad dan memfatwakan Jihad serta membawa senjata adalah haram.

Berkata seorang pemimpin Bahaiyah:

“Diharamkan ke atas kamu membawa peralatan perang.”

Pengharaman jihad dan memiliki senjata untuk kepentingan siapa? Tidakkah ia mempunyai kepentingan di sebaliknya? Fahaman inilah yang menyebabkan ajaran Bahaiyah menjadi popular di Eropah dan Amerika Syarikat. Pihak Imperialis sememangnya menantikan peluang terbaik ini untuk membentuk idealism yang sesat untuk dianuti oleh umat Islam.

Fikrah yang dibentuk secara licik ini, kini semakin mendapat perhatian di kalangan intelektual Islam terutamanya bagi mereka yang bertalaqi dengan mahaguru Orientalis yang sememangnya menaruh dendam kepada agama Islam. Pihak imperialis dengan sesuka hati menakluk tanah air umat Islam sedangkan segerombolan ahli cerdik pandai Islam menegah umat Islam daripada mempertahankan tanahair dan agama mereka dicabuli. Fahaman ini bersalahan dengan apa yang kita anuti iaitu kita disuruh mempertahankan tanahair dan agama kita sekiranya dicabuli seperti firman Allah SWT di dalam surah At-Taubah ayat 36 yang membawa makna:

“Perangilah orang-orang Musyrikin seluruhnya sebagaimana mereka memerangi kamu seluruhnya.”

Kita sebagai umat Islam perlu memberi perhatian kepada pergerakan ini yang semakin hari semakin mendapat perhatian terutamanya kepada mereka yang membaca buku-buku agama yang dicetak di dalam bahasa Inggeris, khususnya yang dikeluarkan di London. Pada hari ini, nama Bahaiyah itu tidak dikenali tetapi fahamannya menjadi ikutan terutamanya kepada mereka yang berguru dengan tokoh-tokoh intelektual dari Eropah. Mereka sememangnya mengguna pakai nama Islam dan melakukan amalan Islam tetapi fahaman mereka amat diragui.

(Sebenarnya terdapat banyak lagi kumpulan-kumpulan sesat yang lain dimana mendapat tajaan daripada Gerakan Freemasonry. Freemasonry akan mengambil kesempatan ke atas persekitaran. Hal ini sememangnya bertepatan dengan sikap umat Yahudi yang suka menipu dan memperdayakan manusia. Sebagai contoh, Beghawan Shri Satya Sai Baba yang ditafsirkan antara Dajjal kecil berada di India dan masih hidup sehingga kini. Pengikut Sai Baba ini amat ramai hinggakan berjuta bilangannya yang mana terdiri daripada pelbagai lapisan masyarakat, kaum mahupun agama. Malaon ini mengeluarkan fahamannya yang mengatakan semua agama sama tak kira Kristian, Buddha, Hindu mahupun Islam. Beliau juga mempunyai kesaktian menyembuhkan penyakit dan berupaya mengeluarkan debu tepung yakni Vibuthi dalam bahasa tamil tak silap saya bagi memberikan kepada orang ramai. Ramai yang terpesona dengan kesaktian malaon ini cukup mudah terjebak dek kesesatan yang telah dianjurkannya. Antara lainnya, malaon ini juga cuba bersikap tolak ansur dengan membinakan masjid untuk penduduk minoriti di kawasan tempat tinggalnya lalu menyifatkan ianya bagi kegunaan untuk orang Islam. Secara tak langsung, ramai orang Islam terpedaya lalu mengagung-agungkan Sai Baba sehingga berlebih-lebihan sedangkan Islam hanya perlu kembali kepada Allah. Malaon ini juga mendakwa bahawa sekiranya beliau mati, maka beliau akan kembali menjelma sebagai Isa Al-Masih pada tahun 2020 untuk membimbing umat manusia. Ramai umat manusia terpedaya lalu mengatakan Sai Baba adalah jelmaan tuhan untuk masa kini. Jelmaan tuhan akan datang adalah Isa Al-Masih yang juga merupakan Sai Baba. Sungguh sesat dan sungguh berat fitnah ini. Untuk lebih lanjut, anda perlu mencari buku tersebut yang dikarang oleh Abu Fatiah Al-Adnani. Wallahuallam..)

Untuk mengesahkan perkara ini cuba anda click alamat web ini


bersambung…

Topik seterusnya - SAMBUNGAN CABANG GERAKAN FREEMASONRY

No comments:

Post a Comment