Sunday, April 11, 2010

17. SAMBUNGAN CABANG GERAKAN FREEMASONRY

KETIGA: ROTARY

SEJARAH PENUBUHAN KELAB ROTARY

Kelab Rotary ditubuhkan di antara tahun 1903 dan 1908 bertempat di wilayah Illionis, Chicago, Amerika Syarikat. Kelab ini ditubuhkan sebagai menyahut seruan pemimpin Yahudi ketika itu, Theodore Hertzel (cuba siasat malaon paling bangsat ini) yang juga merupakan anggota Freemasonry untuk mempelbagaikan cabang-cabang pergerakan mereka. Seruan tersebut dilakukan di dalam ucapannya di kongres Gerakan Freemasonry pada tahun 1903. Kelab ini ditubuhkan oleh salah seorang anggota Freemasonry yang bernama Paul Harris yang merupakan seorang peguam.

Paul Harris telah dibantu oleh tiga orang Yahudi Amerika Syarikat iaitu Silver Sheiller (Saudagar Arang), Gustav Lower (Jurutera Perlombongan) dan Hiram Chorry (Pedagang & Penjahit). Pada peringkat awal penubuhannya, anggota Rotary semuanya dari kalangan Freemasonry yang telah dibongkar rahsianya pada Kongres Zionis di Basel, Switzerland pada tahun 1897.

Kemudian, Kelab Rotary yang kedua pula telah dibentuk di San Francisco dan yang ketiga di New York seterusnya di Washington. Pada tahun 1912, Kelab Rotary International telah dibentuk bagi membuka penyertaannya kepada masyarakat luar semasa kongres tahunan mereka yang diadakan di Wilayah Walt, Amerika Syarikat. Berikutan daripada itu, Rotary telah dianggotai oleh 5000 orang mewakili 50 Kelab Rotary yang baru dibuka di Britain, Canada dan Irlanda.

Bancian yang dibuat pada tahun 1998 menunjukkan bahawa keahliannya telah mencapai 22 juta orang yang mewakili 430 buah Kelab Rotary di 160 buah negara di dunia. 430 buah Kelab Rotary ini mewakili daerah dunia yang telah ditetapkan mengikut peta penguasaan Rotary. Daerah-daerah ini pula diletakkan nombor-nombor tertentu bagi memudahkan pentadbiran mereka. Contohnya, bagi Benua Asia, nombor rahsianya ialah 80 hingga 101 mengikut negara yang ada di Asia. Manakala kongres terakhir yang dapat diketahui ialah pada tahun 1978 bertempat di Tokyo, Jepun.

PENGERTIAN KELAB ROTARY

Perkataan ‘Rotary’ berasal dari perkataan Inggeris iaitu ‘In Rotation’ dan membawa pelbagai pengertian antaranya:

1. Orang yang bekerja dengan kelab ini sentiasa bersilih ganti

2. Tempat operasinya bertaburan atau berlegar di seluruh dunia dan berakhir di suatu titik pusat iaitu Israel.

3. Anggota baru dipilih berdasarkan profesion tertentu dan ia diadakan perjumpaan secara bergilir-gilir di setiap rumah anggota mengikut giliran masing-masing dengan diadakan majlis makan malam (dinner) untuk mengeratkan lagi tali persaudaraan dan saling bertukar-tukar idea.

4. Mengitari titik pusat dan titik pusat itu ialah HAIKAL SULAIMAN yang merupakan bangunan suci bagi Freemasonry (Zionis) yang terletak di Kota Al-Quds, Yerusalem.

Kesimpulannya, semua pengertian tersebut berlegar di bawah satu cita-cita yang menjadi matlamat utama penubuhan kelab ini iaitu mewujudkan pemerintahan antarabangsa berpusat di Israel yang juga menjadi matlamat utama bagi Gerakan Freemasonry.

MATLAMAT UTAMA KELAB ROTARY

1. Sebagai markas maklumat dan tempat latihan perkaderan serta tempat menyalurkan fikrah Freemasonry.

2. Sebagai tempat pengintip dan pengumpulan maklumat bagi setiap kawasan di seluruh dunia.

Segala maklumat yang diperolehi akan disalurkan ke markas utama di Chicago yang akan bertindak sebagai markas Freemasonry bagi hal ehwal luar. Setiap kawasan atau daerah di dunia akan diwakili oleh beberapa pakar di dalam semua aspek dan mereka akan membawa maklumat-maklumat tersebut untuk dihantar ke markas utama di Chicago.

MATLAMAT SAMPINGAN KELAB ROTARY

1. Memperluaskan promosi bagi menarik peluang-peluang pekerjaan.

2. Mengadakan konsert amal atas nama khidmat sosial yang bertujuan menarik perhatian masyarakat untuk membuktikan bahawa mereka adalah pertubuhan kebajikan.

3. Menanam semangat persahabatan, kerjasama dan cinta keamanan.

(Lihat permainan mereka! Ini bukanlah kerja yang telah direka 2 atau 3 tahun. Ini kerja orang professional. Diam tak diam mereka telah berkembang dengan pesat malah lebih di luar jangkaan daripada apa yang fikrah kita fikirkan. Pernahkah anda melalui situasi di mana mulut anda menentang Zionis tapi perlakuan anda sendiri menyerupai Zionis? Ini kerana jiwa umat manusia kini telah pun berjaya diserapkan nilai-nilai Zionis yang kita tidak nampak. Sebagai contoh, yang dekat adalah ROKOK. Semua jenis rokok adalah senjata Gerakan Freemasonry yang cukup berjaya diadaptasikan di dalam masyarakat dunia. Antara jenama rokok yang terkenal adalah seperti DUNHILL (syarikat Yahudi), SALEM (singkatan nama Yerusalem), MARLBORO (juga syarikat Yahudi) dan sebagainya. ROKOK kini merupakan salah satu sumber pendapatan utama bagi Malaysia di atas keuntungan cukai importnya. Malah, mengikut statistik pelaburan ASB (lihat sini - http://www.zaharuddin.net/content/view/224/95/ ) juga ada menyatakan pelaburan dibuat ke atas kaunter British American Tobacco yang mana dilarang sama sekali dalam Islam melabur kepada perkara yang membawa kemudharatan.

Bagi contoh lain pula, lihat saja aktiviti-aktiviti melibatkan arak. Sehingga kini, beratus-ratus malah ribuan kedai ada melakukan aktiviti penjualan arak. Lihat sahaja di supermarket-supermarket besar, arak begitu berleluasa dijual tanpa mengenakan syarat yang ketat kepada pembeli. Semua umat mampu membeli kerana tiada larangan yang begitu jitu DIKUATKUASAKAN kerana budaya SEKULARISM ini telah pun diserapkan begitu awal lagi. Ya, pihak berkuasa agama ada yang bertindak bagi mengatasi masalah ini namun statistik peminum arak di kalangan Muslimin dan Muslimat semakin meningkat. Bagi melihat perkara ini, adalah perlu bagi kita memandang pula kepada Sistem Perundangan pula. Bagaimana undang-undang yang dilaksanakan di dalam negara? Selain itu, masalah RIBA’ juga adalah senjata Gerakan Freemasonry yang dikatakan amat berjaya. RIBA’ atau BUNGA atau FAEDAH ini merupakan serangan halus Gerakan Freemasonry dalam menjerat umat manusia ke dalam kancah kemelesetan ekonomi. Begitu banyak Bank-Bank Konvensional yang mengadaptasikan RIBA’ di dalam ‘pakej’ pinjaman mereka. Konsep pinjaman yang dibenarkan dalam Islam adalah:

“Jumlah Pinjam = Jumlah Pulangan”

Ini kerana, orang yang meminjam sudah tentu orang yang memerlukan wang atau di dalam kesusahan. RIBA’ ini menambahkan lagi penderitaan kepada orang yang meminjam. RIBA’ telah meresap ke dalam pakej seperti:

1. PINJAMAN KEWANGAN
2. PINJAMAN PERUMAHAN
3. PELBAGAI INSURAN
4. KAD KREDIT

Itu yang kita perasan kalau anda betul-betul membaca. Bagaimana pula dengan

FOREX YANG MENGGUNAKAN PLATFORM NON SYARIAH?
PERMAINAN NOMBOR EKOR?
JUDI DI GENTING?
KARAOKE?
RUMAH-RUMAH LENDIR PELACURAN?
RUMAH-RUMAH URUT?
HIBURAN ASTRO?
MAKANAN HARAM?
RASUAH?
PELABURAN UPLINE DAN DOWNLINE? (lihat apa jadi pada Bernard Madoff)
PEMODENAN?
SUKAN-SUKAN GOLF?

Fikrah kita semua sama, anda lebih arif untuk meneruskan. Lupakan soal politik sebentar dan cuba masuk ke ruang serangan-serangan Gerakan Freemasonry ini. Telus dan tidak culas, pasti anda menemui jalannya.)

bersambung…

Topik seterusnya – SAMBUNGAN CABANG GERAKAN FREEMASONRY (ILLUMANITY) – Satu maklumat yang panjang dan amat menarik!

No comments:

Post a Comment